Sejenak bersama ustaz azhar 2

Kitab Hidayatus Sibyan
Masjid pegadang baru
Siri 1


Pasal Taufiq dan Hidayah
Taufik dan hidayah ini merupakan dua perkara yg saling berkaitan..
Lebih kurang sama, tapi dua perkara yg berbeza..

Manusia hanya boleh menunjukkan kepada manusia supaya manusia itu ikot jalan yg baik dan jalan yg benar..
Tapi hanya Allah SWT sahaja yg dapat menentukan samaada manusia itu ikot tak jalan yg baik dan benar itu. 
Hidayah : Huda, Petunjuk..
  • Hidayah tu, kita nampak jalan yg betul dan jalan yg selamat, tapi belum tentu kita ikut jalan tu
Taufiq pulok
  •  Setelah kita nampak jalan tu, kita dapat kekuatan untuk ikut jalan tu
  • Kiranya macam taufiq ni, Allah beri kekuatan untuk BUAT kerja-kerja mentaati Allah
Contoh mudah.. Seorang hamba Allah ni, dia nampak kat belakang rumah dia ramai orang pergi dengo kuliah kat surau, dan dia sedar bahawa itu adalah jalan yg baik..dan jalan yg molek.. Ni menunjukkan dia dapat HIDAYAH. Tapi dia just tengok saje, Dia tak pergi join, So, Dia tak dapat taufiq..

Dan kalau dia pergi join dengar kuliah tu, maknenya, dia dapat TAUFIQ

Aku teringat kak dayah bagi contoh mase tazkirah dulu.. Contoh lain perbezaan hidayah dan taufiq ni, macam.. mase lepas solat zohor, kita tengok orang lain bangun solat sunat ba'diah..terdetik dalam hati "Bagusnya solat sunat ba'diah.. Nok solat jugak rase" Dan mase tu kalau kita tak menunaikan solat sunat ba'diah, kita hanya dapat hidayah sahaja.. Tapi kalau kita bangun manunaikan solat sunat, mase tu kiranya kita dapat TAUFIQ & HIDAYAH

"Sesungguhnya perahu tidak akan bergerak di atas pasir. Tapi, kalau kite letak perahu di atas air, tak dop enjin pon bot tu still boleh bergerok ^^"

 Perjalanan nabi adam A.S. ..
Adam diturunkan di benua Hindi, manakala Siti Hawa, diturunkan di Jiddah..
Last-last Nabi Adan dan Siti Hawa jupe kat padang Arafah..
"padang perkenalan.." Padang mengenang semula pertenuan dua orang laki bini yg berpisah

Makrifah, ="perkenalan"
Awal agama, first-first skali kite kene mengenal Allah >> ilmu "makrifatullah"
Matlamat kite diturunkan di muka bumi, salah satunya, selain untuk jadi khalifah allah di muka bumi ni adalah untuk mengenal Allah.. Sebab tu Allah jadikan bermacam-macam kejadian,Untuk kita tengok.. Untuk kita fikir ciptaan Allah yg Maha Hebat tu..

Mula-mula, Makrifatulah, kenal Allah.. Kemudian akan membawa kpd iman.. dan akhirnya akan menimbulkan rasa takut kepada Allah..

Kata imam Ghazali, "Wajiblah ats kamu pd permulaannya, mengenal pencipta kamu, kemudian kamu mamperhambakan diri kepadanya, Maka kenapa kamu boleh beribadah pada org yg kamu sendiri tidak mengenalinya.."

First skaly, Iman nombor satu!!
Iman modal yg paling MAHAL !
Iman la yg menentukan sama ada kite kekal masuk neraka ke dop,,,
Kalau ada iman, tapi tak beramal, >> Masuk neraka, Tapi tak kekal di dalamnya..
Tapi kalau kita tiada iman, >> kita akan kekal dalam neraka selama-lamanya..

Nabi pesan, kalau masuk waktu maghrib., Tutup pintu dan tingkap.. Bakpe??
sebab ade syaitan yg akn masuk, dan dia akan ganggu anak-anak kecik dalam rumah tu.. Nama syaitan tu, Ummu Sibya'..
Ye akan kacau budok-budak dalam rumah dan budok-budak tu nangis le..
Kaedah kalau budak-budak nangis mase maghrib, kite nirapkan budok tu and baca ayt kursi dan tiup atas ubun-ubun dia..

"Barangsiapa yg merendah diri semasa menuntut ilmu, Allah Akan mengangkatnya"
  • Contoh, Imam Maliki.. Ulamak pada 1200 tahun dulu.. Nama dia sampai sekarang diabadikan.. Kitab dia, Kotab muwatto', digunakan sampai sekarang.. Kenapa?? sebab Imam maliki merupakan seorang yg merendah diri..
P/S : Ni aku tak salin belake..harap maklum 

Sejenak bersama Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus,
Surau Pak Tuyu,
Kitab Muhimmah
Siri ke-45
Tajuk : Tok Bomoh
  • "Sesiapa yg pergi kepada kahin (bomoh yg menujum) Allah tak menerima solatnya selama 40 hari.."
  • Walaupun tak percaye pada bomoh kahin owr, just pergi saje-saje je.. Allah tak terima jugok..Dan kalau percaye, Orang tu telah kafir kepada Allah..So, sape2 yg nak jadi bomoh.. Jangan teka benda2 yg ghaib, benda-benda yg kita yg tak tahu..
  • Bende2 jampi BOLEH, tapi jampi dengan ayat Quran..
  • Surah Al-Fatihah itu ade 7 name..Salah satunya, Ar-Ruqiyah {surah jampi}..So,Al-Fatihah tu kirenya salah satu ayat jampi..
  • Jampi manggunakan Ayat-ayat Al-Quran dan zikir-zikir, hukumnya harus..
  • Jampi sebelum tidur, Baca 3 Qul<Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas>,Tiup kat tapak tangan dan sapu seluruh badan, insyaAllah, dapat mengelakkan diri daripada sihir..Sehinggakan Sayyidatina Aisyah kbo, bahagian badan yg Nabi tak sampai, Aisyah tolong sapu..
  • Orang yg sakit tu memang fitrahnya, nak sihat.. So mase tu la ye tak kisah halal ke haram,<bagi sesetengah orang>.. Kalau sakit, berubatlah..Tapi jangan barubat dengan cara yg haram..
  • Bacaan nya mesti sohih.. Zikirnya mesti difaham.. Baru sah cara berubat.
Soalan-soalan yg dikemukakan pada ustaz

Camne nak bagi mudah hafal pelajaran?
  • First sekali, niat mesti betul, and then berdoalah "Ya Allah, Ya Tuhanku, Berilah padaku penghafalan para nabi dan rasul"
Macam mane nak hilangkan rase gemuruh dalam melakukan sesuatu kerja?
  • Bacalah doa >> "Robbi Syrohli Sodri.. Wa Yassirli Amri.. Wahlul 'Uqdatan Mil Lisaani.. Yafqohuu Qaulii"
Boleh dop kalau kita kabo kat mok kite yg kita nop sedekah kat masjid?
  • Boleh kabo kat orang lain kebaikan yg kita buat kalau dengan niat nak menggalakkan dia buat kebaikan
  • Tapi, tak boleh kabo kebaikan kita kat orang lain dengan niat kita nak riak , menunjuk-nunjuk dan nak suruh orang lain puji kita
Saya lawan suami saya, dan mintak maaf semula.. Kemudian, saya buat salah lagi kat suami saya tu, Guane ni nop buat ustaz wehhh??
  • Jawabnya, memang spesies gitu orang perempuan.. haha
  • sebab tu la mase akad nikah, Hakikatnya, Aku terimalah nikahnya dengan perempuan yg baaaaaaaaaaaaaaaaaaaannyyyyaaaaaaaaaaaaaaakkkk songeh ini, yg baaaaaaaaaaanyaaakk belebel ini, yg baaaaaaaaaaaaaaanyaakkk lebong ini.. hahaha
 Kalau isteri berzina depan suami, suami dayus.. Doh kalau suami berzina depan isteri, kire isteri dayus gok ke??

  • berzina depan isteri lebih besor dosanya daripada berzina belakang isteri..
  • Dayus2 ni, hanya istilah yg digunakan bagi orang yang berkuasa sahaja.. Tak ada lah istilah dayus bagi isteri..
  • Ye bukan amik kira nama dayus, ye kira dosa berzina tu besar..
  • Bahkan Rasulullah ade kabo seringan-ringan azab kat api neraka, ahli neraka tu pakai terompah versi api neraka sehinggakan menggelegak otak..
Laki cerai ngan kita, dan nikah pulak dengan adik kita.Boleh ke?
  •  Bolehhh... Orang melayu je mikir pelek..Ye wat istilah "saling tikar"
  • Kalu cerai pun orang melayu mikir pelek gop, ye kabo, "jahat ow..jahat oww" ish..ish..ish..
~Dengar CD ceramah Ustaz Azhar,
   Assignment yg Papa bagi sapanjang cuti ni.. ~