Allah is the number one :)

Glitter Words


Love this quote soo much! Yeahh.. Allah is number one!! Jangan sebab kite nakkan 'sesuatu', kite hilang Allah dan tempatkan Allah pada tempat kedua di hati kite. :) Allah tak pernah tinggal kite. Tapi kite selalu lupekan DIA.. Allah dekat dengan kite setiap mase.. Tapi, kite yang menjauhkan diri daripada-Nya dengan maksiat-maksiat yang kite buat.. Tanpa kite sedar.. Sedangkan Allah sentiasa menunggu kite bertaubat pada-Nya.. SUBHANALLAH! :) 

"Dan apabila hamba-hambaku bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) tentangku, maka sesungguhnya AKU DEKAT. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaku agar mereka memperoleh kebenaran" Al-Baqarah : ayat 186

Ya Allah.. Selamatkan Syria!!

Glitter Words

Sabda Rasulullah S.A.W.
" Barangsiapa yang tak mengambil tahu hal orang islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI "

So, berdasarkan hadis ni, aku pon search pasal kes syria ni.. Dan, sememangnya kezaliman yang NYATA yang mereka lakukan.. Huk2..


tengok ni! Seorang kanak -kanak yang tak berdosa. Dibunuh tanpe belas kesian.. Dan, ni lah kali terakhir si ibu dapat beri kepada anak kecil ni sandwich.. Ni kali terakhir jari kecil si anak menyentuh si ibu.. Tapi DIA TIDAK TAHU APE YANG AKAN BERLAKU SELEPAS TU.. #kita manusia,memang tak tahu perkara akan datang,,Tapi Allah MAHA MENGETAHUI#


So, ape lagi.. Si anak pon ambik sandwich tu dan pergi main-main dengan kawan-kawan.. Dan.. Dia sangat lapar.. Bberapa suapan diambil.. Tak jauh dari rumah.. Dan belum sempat buka pintu rumah.. Limpahan letupan dan peluru tiba!! Innalillahi wa innailaihi raaji'uunn.. Alhamdulllah! Beliau mati syahid!! Aku baca kisah ni pon, rase sebak sangat.. Tabi beliau mati SYAHID! Alhamdulillah.. Bakal memimpin tangan ibu bapanya ke syurga.. insyaAllah :) 

Ya Allah.. Cian err adik kecik ni :'(



PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.


Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).


Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.


Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.


BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

 

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.


Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.




BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.


1) Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.


2) 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.


3) Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.


4) 9000 tahanan ditahan.


5) 413 orang telah syahid di dalam penjara.


6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.


7) Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.


8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.


9) Menyuruh tukar kepada laa ilaaha illaa Basyar Asad  


10) Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...




FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;


#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU


1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.


2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.


3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....


4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.


5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.





KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?


1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..


2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.


3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.


4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.


5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.





PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA


-Mendoakan saudara kita di Syria


-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan


-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.


Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:


Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".


Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".


Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.


(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )


Credit to : Dia





wallahualam :)

K-pop dakwah : Mr Taxi VS Pintar ngaji :D

Glitter Words

 Haha, golek suke bile tengok ade video kpop dakwah dari SNSG.. Tajok die Pintar ngaji dan diubahsuai dari lagu kumpulan SNSD --> Mr. Taxi.. #pandai korang tiru ek :P hehehe


Bagos-bagos... Walaupun tarian tak secantik Girls Generation, Tapi tetap BEST :D dan tahniah untuk usaha dakwah korang ~  hhahaha







Sayonara ~

Glitter Words




Sayonara.... Selamat tinggal :'( Bile sebut pasal perpisahan mesti rase sedih.. Sebab perpisahan tu menyakitkan.. Dan setiap pertemuan pasti ade perpisahan.. Tu hakikat yang kite kene terima... Dan.. Satu perkara yang buat aku rase sedih. Berpisah dengan dia, dia dan mereka...


Sekarang memang semua orang dan kawan-kawan dah bawak hala tuju masing-masing.. Ade yang pergi kat matrik.. Ade yang sambung form 6.. Ade yang pergi universiti tu.. universiti nie laa... Macam-macam.. Dan my dear Sara pergi kat Darul Quran... Aku tak sempat nak cerita saat-saat manis hari last kitorang spent mase same.. Mase tu memang sweet sangat.. Sumpah aku rase manis macam madu  .. Haha, Syahdu sangat mase tu, dan mase tu aku dan die sempat cipte kenangan baru yg buat kitorang ketawa tergolek-golekk ~ hak2... Miss her damn much... Dan, mase tu.. Banyak air mate keluar.. Rase sedih nak berpisah la katekan.. But nevermind. I will keep the memory in my heart forever & ever after <3 Aini sayang Sara!


Dan.. Aku takkan pernah lupe saat-saat akhir aku spent with  my dear g~saaff member.. Hak3.. Seronoknye.. Rase macam buat kesalahan mase kat sekolah dulu-dulu je.. Kalau nak cite lebih-lebih bahaye lorh... Tempat terbuka.. Biarlah hari tu jadi rahsia.. Huahahaha. Papepon, aku takkan lupekan korang.. Hasrat aku untuk buat beberapa perkara kat tok jiring sebelum tinggalkan sekolah terchentaa tu tercapai dengan pertolongan korang! Haha, kenangan terindah.. Indah sangat-sangat :) antaranye :

# panjat tangki
# ceroboh bahagian ******
# panjat atap mase bergambar kat seluruh bahagian sekolah
# lepak kat padang malam-malam sambil tengok bintang
# panjat bahagian atas dewan abbas
# terjun koloh 


Hek2.. Rindunye bile ingat semula.. Nak nangis rase.. :') Tapi kenangan hanya tinggal kenangan.. Takkan boleh diulang.. Zaman sekolah menengah dah lepas.. Perjuangan mesti diteruskan.. :) Sekarang ni pon, aku dah duk kat IQ.. Menghafaz Al-Quran kat sane.. Kene jage banyak bende.. Untuk memartabatkan imej islam ==' huk2.. It's okay :) 

Dan.. Haritu kan.. Aku rase happy SANGAT bile terserempak dengan cikgu Zul kat kenduri kawin anak cikgu Syarifah.. Ya Allah.. Aku rindu sangat Cikgu Zul.. Aku rindu yang amat! Rase happy sangat bile dapat jumpe & bagi salam ke cikgu.. Huaaa.. Cikgu.. I miss you a lot!! Aku rindu saat-saat cikgu ajar kimia sampai pecah perot.. Walaupun banyak kali gak cikgu tak masuk kelas.. But you are the best! Aku terharu dengan pengorbanan cikgu :) Terima kasih cikgu! Dan.. Aku pon rindu gak dengan warden-warden.. Terutama Ustaz Duang & Ckgu Ila.. Dan semua cikgu tok jiring terutama yg ajar saya :) terima kasih cikgu! :* May Allah bless you all. InsyaAllah ~

And for the last.. I wanna say goodbye kat SAINS & MATHEMATICS.. Aku terpaksa tinggalkan sains.. Perkara yang paling buat aku SEDIH.. Pernah gak aku menangis sebab mikir --> lepas ni aku dah tak boleh main-main dengan kalkulator kesayangan aku tu... Huk2.. Sedih woo tinggal add math.. Biology.. Physics & Kimia.. Harap-harap aku boleh lupekan korang semua wahai subjek-subjek kesayanganku :')

Byebye my beloved calculaor :'(

Oh, sebelum terlupa... InsyaAllah, bulan 9 ni i'll fly to MESIR~ And aku sambung pelajaran kat sane bahagian Ulum Islam.. Hihihi, Tak sabar ngat rase nak gi sane.. Nak cari pengalaman baru.. Nak cube independent kat tempat yg farr farr away from my family.. Nak jumpe paksu, maksu, abdullah*beby* dan abg aman.... ! Errr... tapi kadang tu kalau mikir mula, sedihnye nak tinggal family jaoh-jaoh.. Mama pon nampak berat hati nak lepas aku kat Mesir.. Huk2.. Its okay... Everything gonna be okay :) insyaAllah.. And, not forget to my honey bunch Addin Shah! Ahahaha, insyaAllah.. We meet there okay?? Aku tak tahu bakpe aku rase sayang ngat ke kawan aku sorang ni.. Tiap kali jumpe die mesti rase exited.. Love you friend! Tak sabar nak jumpe you kat mesir & jalan-jalan dengan you kat sane.. hahaha

Okeh~ That's all for tonight.. Wallahualam :)