Asfur crystal ni merpakan sebuah tempat yg menjual kristal-kristal asli . dan daripada kristal asli tu , dyorang buat macam2 hiasan, macam lampu, rantai, cincin,jam & so on ~ Dan dan dan , aku baru je pegy aritu kat situ . bersama-sama sahabat pahang , bermusyrifkan senior skola aku dulu :) hohoho
sampai di syoubra , naik tut-tut untuk ke asfur :)
dalam metro . haddo.. ayu belake sorang-sorang nih ! haha
Lampu-lampu bergemerlapan . ting ting . silau mate aku ! mewah sangat !~ haha
inilah kristal yang masi belum diproses menjadi hiasan
Woot woot , mataku begitu rambang pada hari berkenaan , hang tau ! haha.
ni kertas untuk tulis kod barang yg kite nak beli . *aku beli sikit jah :)
menunggu giliran untuk membayar ~
tarra ! ini la barang yang aku beli tuh .
Hari tu , aku dapat satu pengajaran yang boleh dikaitkan dengan nilai seorang wanita.
Kalau tengok kan, kristal merupakan barang yang sangat bernilai .. barang berharga yang susah untuk dimiliki, hanya insan yang mampu dan layak sahaja akan dapat memiliki kristal berharga tu .
Semakin bernilai, semakin mahal harganya , kan? dan..... kalau perhatikan, semua kristal diletakkan dalam bekas kaca . Yang mana.... memang takde sorang pon dapat sentuh kristal tu ! takkan dapat sentuh . cuma dapat lihat dari luar sahaja, dan kalau nak sentuh pun, sentuh dinding kaca tu je lahh ~ haha .
Dalam hati insan yang melihat kristal berharga tu , membuak-buak perasaan ingin memiliki Sang kristal itu . "Ya Allah , indahnya kalau kristal ini menjadi milikku ! nak ! nak ! tapi aku tak mampu lagi nak memilikinya" :') aku lettew yang cakap camtu dalam hati.aha!
Berhaga kan kristal tu ? betapa rapinya dia dijaga , betapa dia bernilai sehinggakan tiada sesiapapun yang dapat sentuh melainkan pemiliknya :) Subhanallah, begitulah berharganya seorang muslimah .
Kite kene ingat yang Allah memang dah tinggikan darjat kita. Kalau zaman jahiliyyah dulu, betapa hinanya seorang perempuan di mata masyarakat sehinggakan dapat anak perempuan adalah satu aib dalam keluarga . Anak perempuan ditanam hidup-hidup, dan wanita mase zaman dulu takde nilai langsung ! Tapi islam datang tinggikan darjat kita . Takkan kita nak rendahkan semula nilai kita ? Jadi, sama-sama kita jaga maruah diri , jaga aurat , jaga segala-galanya. sebab .. wanita itu fitnah , kan ? -peringatanbersama-
wallahualam :)