PERJALANAN MASIH PANJANG


Kau berjalan..
Tanpa menoleh ke belakang..


Melangkah. 
Terus maju..


Semangat.




Tak pernah kisah apa orang kata. 
Tak pernah peduli mereka mengata !

Ujian mendatang kau tempuh dengan tabah 
Halangan menimpa kau tak pernah kisah

Terus.. 
Melangkah dengan penuh tabah .
Melangkah dengan megah 
Melangkah tanpa rebah !


Tapi suatu saat. 
Kau rasakan perjalanan ini terlalu panjang .
Panjang . . . 
Lelah . . 
Penat . . 
Lenguh kau rasa . .

Bahkan,
Ujian menimpa bukan semakin mudah 
Bertubi-tubi tanpa henti. 
Datang dari pelbagai arah . .

Kau rasa tak kuat. 
Kau rasa lemah . 
Kau rasa tak mampu . 
Kau rasa tak upaya .

Ukhti, 
Satu je aku nak ingatkan, 
Perjalanan kita menempuhi jalan ini.. 
Tak semudah yang disangka..
Perjalanannya panjang.. 
Kadang hujung jalan pun kau tak nampak. 
Jauh......
Jauh . . . . . 
Jauh yang amat !

Dan kau juga kena ingat . . 
Dalam menempuhi jalan yang panjang ini, 
Hati kau kena kuat. 
Aqidah kau kena mantap
Ibadah kau kena hebat.
Pergantungan kau pada Allah bukan sekadar biasa-biasa. 
Tetapi mesti luar biasa !

Kau tahu, kau tak punya siapa-siapa kecuali Dia.
Kau tahu, tiada daya dan kuasa selain Dia.
Kau tahu, kau yang memerlukan Dia. 
Kau yang mengharapkan cinta-Nya, 
kau yang mendamba redha-Nya.

Saat hati kau sedar semua ini, 
Kau takkan pernah lemah,
Kerana kau tahu, 
Kau bersandar pada TUHAN YANG MAHA KUAT. 
Masakan sandaran yang MAHA KUAT melemahkan kau ?

Bangunlah 
Bangkitlah kembali ukhti 
Jangan pernah melemah 
Terus melangkah dengan megah. 
Dan terus berbuat 
Untuk menggapai C I N T A N Y A 
Untuk mendapatkan R A H M A T N Y A
Untuk mencapai R E D H A N Y A 
Untuk mendapat S Y U R G A N Y A 
[QS At-Taubah, 9:21]

++++++++++++

Harapan takkan pernah pudar 
Teruskan berdoa 
Teruskan bertaubat 
Teruskan berbuat 
Teruskan berkhidmat

Untuk Allah, Rasul dan Jihad

Di situ . . . 
Kemenangan itu pasti.

5 PERKARA YANG ADA DI MESIR TETAPI TIADA DI MALAYSIA

Bismilahirrahmanirrahim

Segala puji dan puja kita hadratkan kepada Allah Taala,
Kerana rahmatNya, Kasihnya, Cintanya..

Alhamdulillah kita masih lagi DIHIDUPKAN pada hari ini,
Alhamdulillah kita dapat dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini,
Alhamdulillah kita lagi merasai nikmat Iman dan Islam ini.

          Hari ini 1 Ramadhan, jam menunjukkan jam 1300 petang. Kalau di Malaysia sudah berbuka sekarang jam-jam sebegini. Kali pertama untuk aku berpuasa di Mesir. Hati terkenangkan saat-saat berada di Malaysia, Homesick? Haha, Aku gagahkan hati untuk terus maju dan kuat di bumi para anbiya' ini.

          Oleh hal yang sedemikian, Buat meredakan homesick di dalam hati, Aku nak sharekan kepada mereka yang akan ke Mesir tentang Mesir supaya dapat menambahkan lagi perasaan cinta aku terhadap bumi anbiya' ini. Khas buat adik-adik yang bakal datang ke sini. Ye la, dengarnya ramai yang akan fly ke sini bulan Ramadhan ni. Juga buat mereka yang mengenali Mesir yang katanya Bumi Anbiya' , Bumi Firaun dan Musa, Moga membantu dan moga bermanfaat. InsyaAllah

Pernah dengar atau baca firman Allah dalam surah Yusuf, 12 ayat ke 99 yang berbunyi,

"... Masuklah kamu ke dalam negeri Mesir, InsyaAllah dalam keadaan aman."

Allah sendiri telah memberi jaminan kepada kita tentang bumi Mesir, jadi kenapa kita masih ingin meragui? Buat pembaca, sebelum meneruskan pembacaan, aku nak ingatkan penulisan ini tidaklah terlalu bersifat ilmiah, tetapi lebih kepada penceritaan pengalaman-pengalaman yang tidak seberapa yang aku lalui sepanjang 4 tahun berada di Mesir. Moga bermanfaat ! insyaAllah


5 PERKARA YANG ADA DI MESIR TETAPI TIADA DI MALAYSIA

1. AL-AZHAR 

"Mesir Kiblat Ilmu"

Universiti Al-Azhar
Masjid Al-Azhar.

           2 tempat yang paling utama yg membuatkan Mesir istimewa di mata dunia. @ tempat lahirnya para Ulama' seluruh dunia. Kalau kita tengok ulama'-ulama yang hebat, semuanya hasil keluaran Universiti Al-Azhar. Dan universiti Al-Azhar juga merupakan universiti KEDUA yang TERTUA di DUNIA selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

          Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Yelah, dulu-dulu kan masjid memang jadi pusat utama pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan. Setelah beberapa lama barulah dibina Universiti Al-Azhar. Sekarang ni dua-dua ada, Masjid Al-Azhar dan Universiti Al-Azhar. Dan sudah tentu, kedua-duanya adalah tempat para ulama' mencurahkan ilmu kepada para pelajarnya.

           Kalau di masjid Azhar terdapat beberapa Ruwaq dan setiap ruwaq tidak pernah sunyi daripada Pengajaran daripada Sheikh-sheikh yang hebat ! Setiap saat pasti penuh dengan ilmu. Setiap saat pasti ada taman-taman syurga yang menghiasi Masjid A-Azhar.

2. IHBITU MISRA - "Masuklah kamu ke negeri Mesir, nescaya kamu akan dapat apa yang kamu pinta"


         
           "Kamu beruntung dapat meneruskan pelajaran di Mesir, kerana orang-orang terpilih sahaja yang boleh ke sini. Mesir adalah suatu tempat yang mana jika kamu pinta apa pun, Allah pasti mengabulkan permintaanmu. Dalam surah Al-Baqarah, 2 Ayat yang ke 66 ; Allah berfirman, "Masuklah kamu ke suatu kota, kamu akan peroleh apa yang kamu pinta". Sekiranya lafaz Misr itu digunakan baris bawah (Misri) , ianya akan merujuk kepada mana-mana Kota yang ada di muka bumi ini,

Tetapi kenapa Allah menggunakan Misra (Baris atas) ?"

Kami semua terdiam, khusyuk mendengar penerangan daripada Dr.Saady. Tertunggu-tunggu jawapan yang akan keluar dari bibirnya.

"Ha, lafaz Misra di sini adalah kerana Kota yang dimaksudkan dikhususkan kepada Negeri Mesir. Iaitu tempat yang kamu belajar sekarang. Allah menjamin, masuknya seseorang ke negeri Mesir, Pintalah apa-apapun, pasti akan ditunaikan."

          Aku tersentap. Terdiam. Tersenyap. Mentadabbur ayat Allah yang sangat mendalam maksudnya. Aku seakan-akan terpana kerana sebelum datang ke Mesir, aku seakan-akan tidak tahu arah tuju, tidak tahu apa yang dicari. Hati ini kosong, perlukan sesuatu. Dan, berbekalkan penerangan DrSaady yang sangat ringkas dan padat, aku yakin bahawa setiap insan yang menjejakkan kaki ke Mesir, pasti akan ada pengalaman "terjawab segala persoalan". Seolah-olah Allah terus menunjukkan jawapan bagi setiap persoalan yang selalu bermain di dalam jiwa. Kalau nak diceritakan di sini tak tercerita lah jawabnya. Tetapi kalau inginkan pengalaman itu, Jom ke Mesir ! hehe

3. SUNGAI NILL - Sungai yang turun daripada syurga 


          "Kalau datang ke Mesir tetapi tak minum air sungai Nil, jangan nak berangan kata kamu pernah datang Mesir" Aku tergelak apabila teringat statement mak saudara aku yang singgah menziarahi mesir semasa menjalankan umrah dalam 2 tahun yang lalu. Alahai nak minum air sungai nil macam mana ye agak-agak? Dengan pencemaran sungai yang agak dahsyat. Nilai PH Sungai nil pun dah mencapai 7.27-8.30 (Setaraf nilai PH air longkang) hehe. Tapi itulah yang kita minum setiap hari air mineral di kedai. 

          Untuk makluman, Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia ini, mencecah 6.650 km dan melintasi 9 buah negara yang berbeza iaitu Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, dan Mesir . Ada khabar mengatakan bahawa sungai nil adalah sungai dari syurga.  Sekali lagi. S . Y . U . R . G . A . Wah. Tak rasa macam ada "Wow Factor" kah? Mitosnya bagaimana aku masih tak kaji lagi. Moh kita kaji sama-sama, nanti kalau jumpa dalil yang soheh kita share-share ;)  

          Pengalaman aku bersama sungai nil ini adalah ketika bilamana aku sesat tak tahu arah tujuan, tiba-tiba Allah hadapkan aku di hadapan suatu pemandangan sungai yang sangat cantik. Jambatan yang penuh dengan lampu di waktu malam yang masih muda ~ (My favorite scene!) Subhanallah. Tak ke mengalir air mata syahdu ? Kebetulan pulak di situ memang ada Hadiqah untuk masuk dan boleh naik bot ~ Masuk Hadiqah harga standard je, tapi kalau bot tu mahal sikit la :) Adik-adik kalau nak berjalan-jalan ke sungai nil sendiri, boleh naik Metro (Kereta api bawah tanah) dan pergi ke Opera. Ha sampai tu survive sendiri lah . Kalau tak tau meh kita gi sesama. pm pm :)

4. ISTANA & TASIK QARUN

         
            Pernah dengar kisah Qarun? Kisah seorang pemuda pada zaman Nabi Musa yang pernah beriman, tetapi kufur dan angkuh disebabkan "buta" setelah Allah memberikan padanya Harta dan nikmat kekayaan. Nak katanya, betapa besarnua impak sejarah Qarun ni sehinggakan hartanya diabadikan dalam harta tersembunyi yang perlu dicari dan tak ternilai harganya. Ape tu ? Harta Qarun. Haa selma ni kita dengar Harta Qarun - Harta Qarun. Itu lah die tu ;)

          Allah berfirman dalan Al-Quran , Surah Nisa,6 Ayat yang ke sebelas yang berbunyi

قُلْ سِيرُواْ فِي الأَرْضِ ثُمَّ انظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ (6:11

          Berjalanlah dan ambillah pengajaran :) Ramai adik-adik yang datang Mesir yang memilih untuk terperap duduk dalam rumah. Tak nak keluar rumah. Malas keluar rumah. Biasa buat apa di rumah ? Ape lagi, buat taik mata lah. hehe T . I . D . U . R ! Jangan gitu tau, pelajar-pelajar kat Mesir ni (Bukan semua, segelintir sahaja) kalau kakak-kakak kata memang KUAT TIDUR. Aku datang sini baru tahu dan faham situasi ni.

           Tapi ukhti, Kita tak nak jadi macam tu, dan jangan pernah biasakan diri untuk tidur banyak sebab takkan lah masa kita di dunia nak dihabiskan dengan tidur je kan ? Ye dok ? Macam dalam firman Allah, "Orang mukmin itu, sedikit sekali tidurnya :) Sedangkan di luar sana, banyak perkara-perkara bermanfaat, atau pengajaran-pengajaran yang kita boleh ambil sama. Jadi, lets make habit of highly effective people yang mana tak pernah duduk diam dan ada je pemanfaatan setiap saat waktunya. 

Okey, berbalik kepada kisah Qarun, aku pernah pergi ke istana dan tasik Qarun. cuba menghayati apa yang berlaku. Jangan kita jadi macam dia yang lupa diri. InsyaAllah. Bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita ~ Jangan mudah berputus asa ! Haa, boleh la kaji lagi kisah Qarun :)


5. BAS 24 JIM 


"Ammu, Darrasah?"
"Ammu, Gamaah?"
"Ammu, Kulliyatil Banat?"
"Sabik ?" Aiwah aiwah !

           Setiap orang pasti ada kisah tersendiri dengan Bas 24 Jim ataupun satu lagi jenis bas yang orang melayu di sini biasa naik, iaitu Bas 80 palang. Haa, apa itu 24 Jim 80 Palang ? Ini adalah nombor bas yang biasanya orang-orang melayu naik untuk pergi ke Kuliah atau Darrasah (Biasanya menuju ke Masjid Al-Azhar/Hussein).

          Untuk pengetahuan pembaca, di Mesir, kita tiada LRT, Monorel, KTM, Komuter dan lain-lain pengangkutan yang bersifat ketamadunan dan kemodenan semasa. Train yang ada adalah untuk ke luar Muhafazhah (Negeri) SAHAJA ataupun Metro (Train bawah tanah) yang ada rupanya sangat tragis. Adapun pengangkutan-pengangkutan awam yang akan digunakan sebagai satu pengangkutan utama untuk pergi ke mana-mana adalah
  • Bas merah Segenih (Sekarang dah jadi bas biru - 2 genih) 
  • Bas pendek (Ni semasa aku datang mula-mula dulu aku didoktorinkan supaya jangan naik bas pendek sebab mahal 2 genih - Sekarang semua bas dah sama harga)
  • Tremko - Yang ni van yang menjadi pengangkutan utama di mesir
  • Tut tut - Pelik kan nama kenderaan tu tut-tut? Tapi sebenarnya Tut-tut ni aku tak tahu lah nak istilahkan dia sebagai apa, tapi tut-tut adalah motor beroda tiga dan berbumbung serta ada bahagian penumpang macam kereta di belakang.


          Jadi, berbalik mengenai isu bas 24 Jim/ Bas 80 palang, Antara pengalaman-pengalaman yang pasti dirasai orang setiap orang yang belajar di Mesir dan biasa menaiki bas adalah "Jatuh bas" Fenomena jatuh bas ini bukanlah fenomena yang luar biasa, bahkan menjadi satu kebiasaan yang tak berapa nak biasa tetapi kalau terjadi tak berapa nak pelik. Kenapa hal ini boleh terjadi ? Disebabkan kesesakan-kesesakan yang berlaku apabila menaiki bas dan terkadang kerana bas tak nak berhenti apabila kita sudah melaungkan "Alagambe YasTooo~"

          Sebenarnya bergantung kepada individu unuk menaiki mana-mana pengangkitan pilihan hati dan bersesuain dengan waqi' universiti masing-masing. Kalau di Alexandri kita ada Tram - Kereta api bergerak. Ada yang Berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana kerana semuanya dekat-dekat. ada yang Naik tut-tut. Macam macam. Itu lah kalau duduk di mesir ni macam macam pengalaman kita dapat rasai.

KESIMPULANNYA

           Belajar di Mesir best ! 5 perkara yang diceritakan adalah menurut persepsi "aku". Masing-masing ada persepsi yang berbeza. Lain orang lain cita rasa. Tak gitu ? Jadi, nak tahu apa lagi istimewanya Mesir yang tiada di Malaysia, meh datang sini dulu :)

           Dan, pesanan buat adik-adik yang datang belajar di Mesir, jangan pernah rasa putus asa, jangan pernah rasa tak mampu nak menggalas title Azhariyyah dan jangan pernah pandang rendah dengan diri sendiri. Korang semua memang dah di pilih oleh Allah untuk belajar di sini. Jadi datang sini, tanamkan dalam minda "aku hijrah jauh-jauh dari Malaysia, hampir 8000km jarak Malaysia-Mesir, takkan pulang Malaysia nanti aku nak jadi biasa-biasa je ?" Haa, di sinilah bumi tarbiyah dik. Bumi untuk berubah jadi lebih baik. Bumi Firaun & Musa. Bumi tarbiyah para Anbiya'. Jangan khianati amanah yang Allah berikan pada kita

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (QS Al-Anfaal [8]: 27)

"Disini bermulanya sebuah kisah..."




Senyum :)

Glitter Words

Senyum!

Simple betul tagline dia!
Heh... Menarik. Biasanya aku selalu dengar tagline yang panjang-panjang..

"Buat yang terbaik untuk Allah"

"Zero to hero"

"She belive she could, So she did!"

Tapi kali ni aku dengar satu tagline yang sangat simple.
"Senyum"

--

"Ukhti,
Kalau iman kita tengah KUAT,
datanglah ujian sebesar mana pun.
Tekanlah sekuat mana pun..
Kita akan sentiasa tersenyum"

Orang yang ikhlas,
Bilamana dia berbuat....
dia TAKKAN rasa BERAT
Sebab Allah KEKUATAN dengan PERTOLONGANNYA :3

--

Agak-agak bagaimanakah caranya kita berhadapan dengan ujian yang Dia hadiahkan?

Senyum? Tertekan ? Rasa nak Marah ? Futur ? Tension ?

Macam macam reaksi yang kita boleh zahirkan

TAPI....                                                                                              

Kenapa tak kita pilih untuk bersikap dengan sikap "Orang beriman" ?

Orang yang beriman,

Dia tahu,
Allah tekan dia sebab Allah SAYANG..

Dia tahu..

Ujian itu adalah Hadiah dariNya
Ujian itu tanda cintaNya
Ujian itu diberi untuk meninggikat darjat nya di sisi Dia.

Dan..
Dapat apa-apa ujian,
kesenangan atau kesusahan
Dia tak pernah kisah..
dan dia akan TENANG & SENYUM

Jom!
Bersikap dengan sikap yang benar
Bersikap dengan sikap orang mukmin

SMILE, someone (read : Allah) loves you ^-^