Sakinah :)

Glitter Words

Bismillah


Tengok Pokok .

Tenang .

Tengok burung berterbangan.

Tenang .

Angin sepoi-sepoi membelai pipi .

Tenang .

Renung Langit . Bintang .

Tenang .

Matahari . Sunset .

Tenang .

Tengok Laut .

Tenang .

Subhanallah . Semua MAKHLUK
yang kita sedia maklum sememangnya mereka setiap saat berzikir padaNya .
SEMUANYA TENANG dan MENENANGKAN .

Dahla tenang .
Menenangkan pulak tu .
Menenangkan jiwa yang resah .
Mengubat hati yang lara .

Aku ?
Tenang ?
Menenangkan?
TAK . . .
Bahkan orang tengok aku boleh jadi stress ! Tension !

Ya Allah . Macam mana Makhluk yang selalu berzikir tu menenangkan ,
Jadikan aku juga Hamba yang sentiasa berzikir padaMu . sehingga menjadi tenang dan menenangkan .

Ya .
Tenang . . .
Sakinah . . .
Umpama SAKINAH_ukhtiku. . .

Dan kunci ketenangan itu . . 
ADALAH ZIKRULLAH ,
Macam mana Allah sebut dalam Surah Ar-Ra'd [13 : 28]












"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka MENJADI TENTERAM dengan MENGINGATI ALLAH . Ingatlah , Hanya dengan MENGINGATI ALLAH , hati menjadi TENTERAM"

Andai punya masalah
Serabut dengan urusan keduniaan .
Ingat Allah !
InsyaAllah tenang . .

Dan ingatlah . . . .
Ketenangan itu dari Tuhan .
dan Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang beriman .
Macam yang Allah sebut dalam surah Al-Fath

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dialah yg telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit & bumi & adl Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

Jadi ukhty , pintalah ketenangan dariNya .
Dalam setiap urusan, kita kembalikan segalanya pada illahi
Pohon pada Illahi . .
Ya Allah , berikanlah aku ketenangan haqiqi .
Ketenangan saat-saat mengingatiMu itulah yang sebenar-benarnya .
Ketenangan itu . Sangat bermakna !

Pernah tak rasa serabut ?
Tapi bila bersama Allah , segala keserabutan itu hilang . .
Seolah-olah tak pernah merasa serabut.
Seolah-olah keserabutan itu lari. . Pergi meninggalkan diri .

Kan awal-awal lagi Allah dah kata .
"Ingatlah Aku ! AKU PASTI INGAT KAMU"

Ukhty,
Bilamana Allah bagi jaminan Dia akan ingat kita bila kita zikrullah,
maka apa yang kita nak pertikaikan lagi ?
apa yang kita nak ragukan lagi ?
Kerana ketenangan itu pasti datang bila kita mengingati Dia .


"Semua orang mahukan ketenangan , tapi bukan semua orang mencari ia pada Tuhan" [13:28] -via 
Carilah ketenangan pada Illahi , nescaya kamu takkan pernah kecewa.
Dan dialah yang memberikan ketenangan pada diri.


-------------------------

Teringat kisah semalam .
Dikala diri melemah . Tak sedar punya Allah ! Dzat yg Maha Gagah .
Lupa diri ! Lama tak mencari hati .
Dan menangis itu adalah solusi . Punca ketenangan dari Illahi .
Menangis . MenghadapIllahi . Mencari Hati .

Beruzlah perlu . Tapi jangan lama-lama.
Cukuplah untuk mendapatkan ketenangan . Kesedaran
Setelah lama diri terlalai .
Leka dengan dunia .
Mendekatkan kembali . Kembali pada fitrah insani.

Mengharap.
Ya Allah . Tegurlah aku dengan ayat-ayat cintaMu.
Buka surat CintaNya.
Rambang .
Penuh harapan .

Subhanallah !
Sekali lagi , Dia teguhkan hati untuk terus thabat di jalan ini

Terima kasih ya Allah .
Semangat baru . Azam baru . Diri baru .

Zikrullah . Tenang dan menenangkan . 
Qurratu 'Ain . Sejuk hati . Sejuk mata memandang . 

Senyum . Syukur . Sabar . Sabat .


 Cari hati 
Cari ketenangan dari Illahi !
:)


Uwais Al-Qarni Terkenal Di Langit Walaupun Tidak di Penduduk Bumi

Glitter Words


Assalammualaikum wbt,
Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni? Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda.

Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).

Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra).

Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya. 
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni  tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.
Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?
Uwais Al-Qarni menjawab:
Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
Bagaimana pula dengan dosa kamu?
Uwais Al-Qarni menjawab:
Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.
Ibunya berkata lagi:
Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.
Uwais Al-Qarni berkata:
Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.
Ibunya menambah:
Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”
Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.

Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

Memberi itu lebih dari indah

Glitter Words

Bismillah .



Dengan nama Allah
Dengan cintaNya
Dengan sayangNya
Sekali lagi
Bahkan berkali-kali
Dia tunjukkan betapa DIA cinta.

BETAPA . .
Aku . Sangat bersyukur .
A.M.A.T

Adanya mereka disisi .
Sebenarnya , sangat BERMAKNA .

MENGUATKAN , MENDEKATKAN , MENGINGATKAN .

INDAHnya Ya Allah . . .
Sangat Indah !

Ya Allah . Memori ini , aku taknak lepaskan .
Aku nak abadikan dalam diari hati .
Dalam hati nurani . Dalam kamus hidup ini .

Suatu masa dahulu .
Terlalu sering diri ini tertanya-tanya .
Kenapa dan kenapa .
Namun harini , aku temukan sebuah nilai .
BETAPA INDAHNYA MEMBERI .



Ya  . .
Memberi .

Kalau dulu diri hanya tahu meminta dan meminta .
Bahkan tak pernah terfikir untuk memberi .
Sedangkan , andai benar-benar cinta, maka BERI lah .
Kerana cinta itu kan memberi .

Namun dengan tarbiah ini ,
Aku belajar untuk memberi .
Dan ternyata pemberian itu tak sesusah yang disangka .
Mudah dan membahagiakan .

Terutamanya pabila melihat senyuman yang terukir di bibir setiap insan BERMAKNA itu ,
Sangat membahagiakan . terasa ingin membekukan masa itu buat selama-lamanya . Tak nak beganjak walaupun sesat ! Ya Allah , Bila lagi saat ini akan berulang ? Mungkinkah ini yang terakhir? atau Kau punya rencana yang lebih indah dari yang disangka ?

Bermula dari merancang . onthe spot . kecoh . gelak . senyap-senyap . tak nak bagi perasan . gelap . mulut terkumat-kamit . pegang tangan , takut . susah nak dapat teksi , bank xdapat nak keluarkan duit , gelap . jadi bodyguard , kedai tutup . buat muka kesian . merayu-rayu . bukak balik . kena marah . halau . dapat halawiyyat free tak pasalpasal . futur . lemah . pergi kedai lain . sisi-sipi lagi nak tutup . kejar . lopak air . ammu gelak . dapat ! yes ! mission complete 50% .  balik . masalah tremko . nus . segenih . kecoh . berhenti . tunggu pizza . sembang . curhat ? eh ? haha . 0000am + + . siap  ! beli air . teksi . balik . senyap . sampai ! pink phanter . gelak . tak pandai . berlakon . sakit . kecoh . obvious . panggil . suprise ! SIAP ! MISSION COMPLETE 100% . sahur . Alhamdulillah . nice :)

"Jangan asyik fikir nak suruh akhawat lunaskan hak-hak kita je , tapi sebenarnya kita yang kena fikir macam mana nak penuhkan hak-hak akhawat kita"

Percayalah , 
What you give , you get back :)

Cinta Bermakna :)

Glitter Words

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah ,
Aku CINTA .



Ya . Cinta . Amat . Mendalam . Tak terkata .
Allah yang maha Mengetahui seluruh isi hati . Dia tahu .
Maha Tahu . Bahkan , apa yang terdetik dek hati itu , Dia sangat tahu .

Dia tahu setiap harapan yang membara dalam jiwa .

Harapan . Mendalam . Di lubuk hati itu harapan sentiasa ada .

"Dan hanya pada Tuhanmulah engkau berharap" [As-Syarh 94:8]

Bagaimana seorang hamba itu sentiasa berharap pada Rabb-Nya . Dan Allah itu tak pernah sesekali mengecewakan harapan sang Hamba . Allah itu maha Memberi . Dan dengan rahmatNya , dia memberi segala-galanya . Dia memberi bermacam bantuan yang tak pernah kita minta pun .

"..Kami berikan bantuan dari KEMURAHAN Tuhanmu, Dan kemurahan Tuhanmu TIDAK DAPAT DIHALANGI" [Al-Isra' 17:20]


Allah itu cinta . Dia sangat sayang Sang Hamba .

Bahkan Dia dekat . “AKU SANGAT DEKAT” [Al-baqarah:186]
Lebih dekat dari urat leher sang Hamba . 

Baik kan Allah ?
Dia tak pernah tinggalkan kita .
Dia sentiasa dekat dengan kita.

Kita minta , Dia bagi .
Kita bermaksiat , Dia mengampuni .
Kita menjauh , Dia mendekat .

Bahkan saban hari , setiap saat , kita selalu lupakanNya , kita sentiasa melakukan maksiat padaNya ! Tapi Allah tak pernah murka . Pintu taubatNya sentiasa terbuka untuk kita ! Peluang itu sentiasa ada . Allah masih panjangkan umur kita , untuk kita bertaubat padaNya . Dia tak ambil nyawa kita saat-saat kita lupa , leka , alpa . Saat-saat kita bermaksiat ! Bayangkan Allah tarik nyawa saat kita sedang melakukan dosa ! HINANYA YA ALLAH . Hina ! Naudzhubillahi Minzhalik !

Tapi kita langsung tak sedar , kita terus berbuat dosa . kita sentiasa lupa bahawa Allah cinta !
Bayangkan , orang bagi bunga , kita lempar TAHI ! Kita lempar NAJIS ! . Zalimnya diri ini padaNya . ZALIM . TAK MALU ! Macam-macam Allah dah bagi . Segala nikmat yang tak terhitung Dia bagi . Tapi kita balas dengan NAJIS ! Dengan DOSA ! Dengan MAKSIAT padaNya !

Pemberian-Nya tak pernah putus , bahkan saban hari , semakin banyak nikmat yang Dia  beri pada kita . Terkadang kita lena . Terkadang kita alpa . Terkadang kita lupa . bahkan sentiasa lupa padaNya . Tapi Allah tak pernah tinggalkan kita . Dia tetap memberi .


Duhai diri , sedarlah dari lena . Bangunlah dari tidur yang panjang . Jangan lena dalam kemaksiatan . Tak sedarkah kamu duhai diri bahawa Allah itu ada ? Kenapa kamu masih sanggup menderhakai Dzat Yang Maha Perkasa itu ? Dialah Pemberi segala nikmat . Dialah Pengampun segala dosa . Dialah yang maha Menyayangi  seluruh makhluk . Dia sayang , Dia cinta . Tapi diri hina ! Sentiasa lupa .

-----------------------------------------------------------------

Aku . .
Cuba untuk belajar mencinta .
C.I.N.T.A.

Ungkapan yang jelas buktinya . Yang jelas perasaannya .
Bagaimana kita ingin mengetahui bahawa seseorang itu CINTA ?

“Cinta itu memberi”-Kata-kata Sheikh Yusuf bermain-main dalam minda , membangkitkan 1001 rasa .

Ya . Memberi .
Bagaimana sorang kekasih , memberi segalanya pada insan yang dicinta . Bilamana dia mencinta , dia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk Sang Kekasih hati . Tak kira apapun halangan mendatang , dia sanggup hadapi untuk memberikan yang terbaik buat sang kekasih hati . Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati cinta hatinya . Macam tu la kita . Andai benar-benar cinta . Berikanlah yang terbaik untukNya . Persembahkan yang terbaik untuk Illahi ! TERBAIK ! bahkan lebih dari TERBAIK .

Renung . Muhasabah . Hisab dirimu .
Apa yang aku dah buat untuk ISLAM?
Apa aku dah buat  untuk dipersembahkan pada Illahi ?
Apa yang aku dah buat sebenarnya ? selama 20 tahun aku hidup ?
Adakah hidupku sekadar bergelak tawa ? movie ? couple ?
Sedangkan umat dalam kehancuran ?
Sedangkan yahudi bertepuk tangan ?

Ya Allah . Hina . Ampunilah .

--------------------------------------------------------------------------



Di bumi ini , aku belajar untuk mencinta .
C.I.N.T.A .
Mendalam .
bermakna .
Terima kasih ya Allah .
Kerana disini Kau temukan aku nilai "cinta" itu .

Macam mana aku belajar untuk mencintai Akhawat .
Macam mana aku belajar untuk mencintai dakwah . Tarbiah .
Tak pernah disangka . Punya mereka . Mereka yang sentiasa mengingatkan tentang Dia .
Bahkan melihat budi pekerti mereka , membuatkan diri ini terpana . merasa hina . Masih jauh .
Bahkan membuatkan diri merasa ingin berubah menjadi lebih baik . Terbooster iman . Terasa hangatnya cinta itu . Mendekati Tuhan . Ya Allah . Jangan tarik nikmat ini .

Sangat bermakna . Amat .




3 Permintaan

Glitter Words

"Anti , cuba baca yang ni" Jemarinya terarah pada satu post . Tertera tajuk post itu "3 permintaan"

"Bacalah , ana baca menitis air mata , padahal mase tu  ana tengah takde perasaan . . Heartless gitu !" Sambungnya .

Dan . . .

"3 Permintaan"

--------------------------------------------------------------------------

SMS Yang Mendetakkan Naluri Jihad
Suasana mendung seakan-akan mahu hujan, ditambah angin yang semakin kuat berhembus membuatkan diri ini terumbang-ambing dek feri yang ana naiki bergoyang dengan agak dahsyat. Tidak pernah ana merasakan gelombang yang sedahsyat itu. Namun, hujan tidak turun menyebabkan, kami ikhwah2 terus melekat di tingkat atas feri penumpang menuju Labuan. Ana menaip sebuah SMS kepada seorang al-akh mohon didoakan keselamatan sepanjang perjalanan.
“ Salam, akh, doakan agar perjalanan kami ke Labuan selamat ya”
Kemudian, al-akh tersebut membalas,
“Doakan nta?ana yang perlu antm doakan…doa orang yang meniti jalan dakwah, sama dengan doa orang di medan jihad…i.a…Akan d kabulkan…doakan ana dlm solat antm yg paling khusyuk…smga Allah, memberikan keberkahan, dan rahmatNYA pada ana dan sekeluarga, dan menjadikan ana seperti ustman bin affan, ana brazam, diri n harta ana bermanfaat tuk dakwah…allahumma amin…barakallahu fikum…”
Ana hampir sahaja mengalirkan airmata ketika membaca SMS tersebut. Terasa getaran keikhlasannya dalam tekadnya untuk menjadi salah seorang peribadi yang bermanfaat buat dakwah. Ana mulai memuhasabah kembali azam dakwah.
Apakah sejajar dengan gerak kerja yang aku persembahkan buat ummat? Masih jauh lagi jika ingin di ‘compare’kan dengan para mujahidin baik di era salaf mahupun khalaf.

3 Permintaan Anda?
Agenda dauroh malam itu dimulai dengan Babak 1, sesi ta’aruf dan ice-breaking. Sesi yang santai plus hangat dengan suasana ukhuwwah. Kami diminta membuat satu gaya plus slogan semangat. Pilihan ana pada malam tersebut adalah, “Syafiq, Super Sukses!”. Mudah-mudah, kesuksesan berlipat kali ganda akan kita peroleh terutamanya dlm hal2 yang meberatkan timbangan amal soleh kita di akhirat kelak, Amin…
Seterusnya, peserta diminta menjawab soalan yang terdapat dalam kertas yang dicabut. Ana memliih kertas yang tertulis nombor 1, hu hu, Super Sukses lah katakan…Soalannya agak biasa tetapi cukup mengesankan hati dan perasaan ana…Alhamdulillah, pujian semuanya untukMu.
“Jika anda diberi tiga permintaan, apakah yang anda mahu?1. 2. 3. ”
Zzzuppp! Terus terlintas di hati ana,

“Wah…mesti lah nak nikah lagi, he he”…Tiba-tiba, seolah-olah ada satu kilatan membayangi di sanubari, ana tersentak justeru bertanya pada diri sendiri, Syafiq, pilihlah permintaan anda, tiga permintaan terbaik! Ana merasa kaget dan blurr buat beberapa detik. Badan mula menggigil apakah disebabkan suhu bilik yang sejuk(surau ada air-cond) atau sebab lain, Wallahua’lam…
Yang pasti, soalan tersebut memaksa ana untuk terus berlaku jujur dengan keputusan ana. Akhirnya, Allah mengilhami ana dengan teringatnya ana pada kisah Umar al-Khattab r.a ketika memberitahu kepada para sahabatnya,
“Jika diberi pilihan, apakah kalian mahu bagi memenuhi ruang bilik ini?”
Ada yang menjawab,
“Saya mahu ruang bilik ini dipenuhi dengan wang, agar saya boleh menginfakkannya di jalan Allah!”
Kemudian, Umar al-Khattab ditanya dengan soalan yang sama, maka dijawab oleh Umar al-Khattab r.a,
“Aku mahu ruang bilik ini dipenuhi oleh peribadi manusia seperti Muadz bin Jabal,Thalhah bin Ubaidillah dan Abu Ubaidah al-Jarrah”
Nah, kisah yang mengesankan.
“Ana mahu sepanjang hidup ana dikeliling orang yang benar2 ikhlas berjuang fi sabilillah, seperti mana as-Syeikhul Jihad, Abdullah ‘Azzam, Syeikh Ahmad Yassin, Hassan al-Banna, Syed Quthb dan lain-lain mujahidin.” Itulah permintaan pertama ana.
“Permintaan kedua,hmm,ya! Ana mahu bernikah lagi!”
Ikhwah yang mendengar ada yang ketawa dan senyum lebar. Ana menyambung,
“Tetapi, bukan dengan manusia biasa … Ana mahu meminang bidadari syurga akh. Tidak ada tolok bandingnya dengan keindahan dan kecintaan manusia di bumi,dan ana sangat2 berharap agar bidadari itu adalah zaujah ana sendiri!”
… Suasana hening seketika…Terlakar senyuman menguntum dibibir ana dan ikhwah2 yang belum bernikah mahupun ‘bernikah lagi’…

Ya Rasulullah!
Masuk kepada jawapan untuk permintaan yang ketiga. Tiba-tiba jantung ana berdegup kencang. Ingin menuturkan permintaan ketiga ini cukup meresahkan. Kerana seolah-olah ana sangat ingin permintaan ini terealisasi secepat mungkin! Dengan sedikit malu, diberanikan diri juga untuk bersuara…
“Ok, ikhwah fillah, ana rasa permintaan yang ketiga ini perlu ana dan antum semua rasakan. Ikhwah fillah…ana mahu…Rasulullah SAW hidup kembali di zaman sekarang………………………….isk…………………….isk…”
Tumpah airmataku ketika itu kerana tak dapat menahan perasaan tika membayangkan betapa gembira dan hebatnya keadaan tersebut! Bayangkan akh, bagaimana perasaannya ketika kita bangun tidur, Rasulullah SAW yang dicintai oleh penduduk langit dan bumi itu, sesuci wajah itu, menyapakan salamnya pada kita.
“Assalamua’laikum ya ummati…Ana Rasulullah...”
Ana meneruskan dengan nada tersekat2 diiringi airmata yang mengalir, “Allahumma sholli a’la Muhammad, Ya Allah, indahnya, andai Nabi Muhammad SAW berada bersama-sama kita membantu secara langsung gerak kerja da’wah ummat ini!”
Semua ikhwah tertunduk, ada yang termenung mengamat kata-kata dan ada yang membuka cermin matanya kerana turut bersedih dan ada yang tertunduk bermuhasabah sendirian.
........


Malam Yang Panjang
Malam itu, selepas sesi ta’aruf, diikuti sesi ‘Adab2 Tidur’ yang dikelola oleh akh Ismail. Sebelum tidur, ana sempat berfikir dan bermuhasabah…Apakah ketiga-tiga permintaan aku akan dipertunaikan?Hanya Allah yang tahu. Sempat juga teringat cerita Ustaz Issraq Ramli, Pengerusi Masjid UMS, yang menceritakan kehebatan dan luarbiasanya mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW.
Semoga mimpi ku kali ini, bukanlah mimpi biasa. Andai tetap sahaja tiada makna, itu bukanlah apa-apa, tetapi, sebuah urgensi untuk aku menggandakan kualiti ibadah dan kefahaman ilmu Islam dalam merentas jalan sebagai seorang yang diiktiraf oleh Allah SWT, al-Mujahid!

"Ayuh, Hijrah Kefahaman Aqidahmu, Hijrah Kualiti Ibadahmu, Hijrah Ketinggian Akhlakmu, Hijrah Kekuatan Azammu!Hijrah kepada sesuatu yang sangat berkualiti dan penuh berstrategi lagi bersinergi!"

-----------------------------------------------------------------------------

Andainya Rasulullah masih hidup , 
Adakah baginda akan mengaku kita sebagai umat baginda ?
dengan segala dosa yang masih mencemari jiwa ,
dengan segala kelalaian yang masih kita agung-agungkan .
dengan segala maksiat yang sebati dalam diri ?

Katanya sayang .
Katanya cinta .

Kalau di sekolah dulu,
time mauleed Rasul sering ditanya
"Sayang tak Nabi?!"
Semua jawab sayang !

Kalau ditanya
"Siapa sayang Rasulullah ?"
Semua angkat tangan !

Tapi , apa bukti segala pengakuan tu ?
Apa yang kita dah persembahkan untuk baginda ?
Untuk Islam ?
Untuk dakwah ?
Untuk Allah !?

Kosong !
Hipokrit !

Malu !
Hina .

Ya Allah .
Ampunilah .

"Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad"
"Astarghfirullah"




Cukuplah .

Glitter Words

Cukuplah berduka .
Cukuplah derita .

Teruskan bahagia .
Seka air mata .
Jangan berduka .
Cinta Allah itu ada .
Bahkan saat ujian ini , dia sangat cinta .
Ujian kan tanda CintaNya .
Jadi untuk apa berduka ?

Cukuplah .
Cukuplah sampai di sini .
Nak nangis ? silakan .
Tapi cukuplah untuk sesaat dua .
Jangan lama-lama .
Jangan !
Jangan putus asa !
Sikap putus asa tak pernah ada dalam kamus hidup orang Mukmin !
Putus asa cuma sikap orang KAFIR !

Jadi ,
Jangan pernah .
MELEMAH .
Teruskan MELANGKAH .
Dengan penuh HAMMASAH.

Ujian .
Exam .
Fatrah exam ,
Ujian datang bertubi-tubi .
Demam , Futur , Tak Faham , Serabut , Nangis , Jauh .

Cukuplah .
Cukuplah . .

Allah kan dekat
"AKU SANGAT DEKAT" -[2:186]

Senyum . Doa . Usaha . Tawakkal . Cinta . Semangat . 

Jom Ke Mesir, Kuliah Ulum Islamiyyah!

Glitter Words

Bismillahirrahmanirrahim .

Buat Adik-Adik lepasan SPM ?
Lepasan STAM ?
Lepasan Matrik ? Diploma ?

Sesiapa yang berminat nak ke Universiti Al-Azhar ?
Tafaddhli adik-adikku sayang !
Akak dah dua tahun kat Mesir .

Alhamdulillah ,
Sepanjang duduk mesir , banyak yang akak belajar di sini .
Banyak yang pengalaman yg ditimba . Mutiara yang dikutip .

M.E.S.I.R.
Satu nama yang menyimpan 1001 sejarah islamiyyah .
mengalirnya sungai nil ,
menyaksikan Jejak langkah Sang Rasul .
Menyaksikan kesombongan Firaun dan Qarun .

Rugi tak datang mesir :)
Sangat sesuai untuk mereka yang nak berdikari , mentarbiah diri , berubah menuju illahi , menimba ilmu yang seluas langit dan bumi . Ramai ulama' . Para Syuhada' .

------------------------------------------

Okey . Straight to the point .
Pasal kuliah yang akak tengah belajar sekarang --> KULIAH ULUM ISLAMIYYAH !


Course Ulum Islamiyyah : Ilmu-Ilmu ISLAM .
menyingkap Ilmu-ilmu Illahi .
Course ni adalah satu-satunya course pengajian Islam yang belajar meliputi semua aspek
Pengajian islam .
Syariah . Bahasa . Usuluddin . Hadith . Quran . Ekonomi Islam . Peradaban Islam .
InsyaAllah . Ulum Islam blaja semua !

Dan yang istimewanya course ni , semua doktor yang ajar , berbahasa fushah . Bukan berbahasa pasar (Ammi) , macam kebanyakan course lain ! Dan Doktor semuanya hebat-hebat . Semua yang ada PhD . Macam haritu , Doktor Feqah akak , tak sangka dia tu salah sorang calon Mufti Mesir ! Bapak aa . Calon Mufti sebuah negara islam ajar aku Feqah . Subhanallah . Dan peluang macam ni perlu digarap sebaiknya . Dalam kelas , alhamdulillah Doktor sangat baik , Doktor akan cuba sedaya upaya tolong & bantu kita memahami sesuatu pElajaran tu . Tanya lah beribu-ribu soalan , boleh ! Takde masalah :D selagi tak faham , selagi itulah dipersilakan untuk bertanya . tanpa perlu ada rasa malu , segan , takot . Walaupun bahasa arab tunggang langgang , insyaAllah , doktor akan tetap bersabar dengan pertanyaan kita . haha sekali lagi , jangan malu bertanya . Kenapa ? Malu bertanya sesat jalan !

Selanjutnya pasal Kuliah Ulum Islamiyyah .
Kuliah kami tempoh pengajiannya selama 5 Tahun , insyaAllah . Tak lama . Sekejap je tu . Macam sekarang . Akak rasa baru semalam datang mesir . Rupa-rupanya , dah dekat 2 tahun aku kat sini !. tinggal 3 tahun lagi ! Yayy ! insyaAllah .sekarang ni pon dalam tempah exam akhir sem . Doakan kami :D

Akak ! Macam mana kami ni asas arab cuma setakat SPM ? Faham ke nanti apa yang doktor ajar kak ? 

Adik-adik sekalian . . Tak ingat nak bagitau . Dalam 5 tahun tu , tahun pertama kita akan belajar kemahiran komunikasi dalam bahasa arab . Kalau dulu ada Tamhidi , sekarang direct ke Markaz Bahasa yang lebih mencabar dan menyeronokkan ! Jumpa macam-macam orang luar negara , ade orang afrika . Ada orang indonesia . Thailand . China . Korea . Masing-masing datang atas hadaf (Tujuan) yang satu , iaitu nak belajar bahasa arab ! Nak belajar bahasa Syurga , bahasa Rasulullah S.A.W . Subhanallah , tak rasa ke ke'azhim'an tu ?

teringat Dr Akak pernah cakap "Kamu semua datang dari macam-macam tempat , macam-macam negara , semua dari tempat yang berlainan , datang ke Mesir , datang ke Al-Azhar , Semata-mata untuk belajar Bahasa Arab ! Untuk belajar Ilmu Allah , Untuk kutip mutiara-mutiara Illahi . Subhanallah . Kalian bertemu , kerana Allah . Berpisah kerana Allah , Moga Allah redho ."

Berbalik kepada soalan tadi , Haaa . insyaAllah dik . Dalam masa setahun tu , kita akan belajar kemahiran-kemahiran Komunikasi Bahasa Arab macam Kitabah (Menulis) , Istima'(mendengar) , Qira'ah(Membaa) , Muhadathah(komunikasi) . Jadi ? Mase tu grab peluang sebaiknya ! Mase tu kena betul-betul lancarkan / fahamkan / pandaikan untuk berbahasa arab :) Sabisa-bisa , kamu bisa , pasti bisa !

Akak . Keadaan Mesir sekarang macam . . . Tak mengizinkan je ?

InsyaAllah , sepanjang duduk sini . Alhamdulillah . Arab tak kacau kita pun . Depa berdemo sesama depa ja . Diorang tak kacau pun kita . Semuanya normal . Keadaan okey . Takde masalah . Kami pergi kuliah macam biasa . Naik bas , Turun bas . Masuk kelas . Balik . Boleh gi jalan mane-mane lagi . hehehe ,

Sebenarnya , mak akak pun bising sebab kat Malaysia , berita dalam TV tu hiperbola sangat pasal keadaan mesir ! Padahal kami di sini baik-baik aja sih :) Alhamdulillah . yakin dengan janji Allah , dengan firman Allah . Dengan Ayat-ayat Allah . Dengan Kalamullah yang berbunyi :-

"Masuklah kamu ke negeri Mesir , INSYA ALLAH AMAN " [Yusuf 12 : 99]

See ? Allah bagi jaminan . Yakin .
Kalau tak jadi datang sini sebab keadaan . Rugi .
Sini banyak ilmu yang boleh ditimba , yang boleh dikutip . Bahkan Allah sebut apa?

 "Masuklah kamu ke dalam Mesir , PASTI kamu akan memperoleh apa yang kamu minta" [Al-Baqarah :61]

InsyaAllah , Kita nak tolong agama Allah , Allah pasti tolong kita [47:7] . Jangan risau pasal keadaan sini . Baik-baik aja . InsyaAllah :)

Selanjutnya pasal Course Ulum Islamiyyah ni ,

Yuran : 1000 USD setahun . Agak mahal berbanding Course-course yang lain , sebab ape ? Sebab Course ni ada link antara Mesir dan Malaysia dan Course ni special untuk pelajar malaysia SAHAJA .

Kelayakan : Lulus sijil SPM melepasi keputusan minimum yang disyaratkan oleh kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan universiti-universiti di Mesir iaitu

Bahasa melayu - B atau B4
Sejarah - B atau B4
Bahasa Arab Tinggi - B atau B4
Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah - B atau B4
Syariah Islamiyyah - B atau B4

Daftar di >>>SINI<<<



Cakap Pasal Islamic Medic , Kawan akak dia datang bawah agen ni , dan alhamdulillah . Berbaloi dan MURAH :) dan dia cakap siap boleh goyang kaki lagi sebab agen dah uruskan semua bende . Tu dia Kak Sakinah kite . Haha .

Islamic Medic menguruskan pelajar-pelajar yang nak ambil course Medic , dentist dan yang latest dia hantar jugak student untuk Kuliah Ulum Islamiyyah . jadi ???

Beminat ambil course agama SAMBIL HAFAL QURAN ?
Berminat ambil course Medic SAMBIL BELAJAR AGAMA ?
Berminat ambik course Dentist SAMBIL BELAJAR BAHASA ARAB ?

Semua keistimewaan tu boleh didapati di UNIVERSITI AL-AZHAR .
Datang la sini . Tak sabar nak ada adik baru  ! Nak jumpa junior-junior Ulum Islamiyyah batch ke-7 ! hehe.

Dan maklumat lanjut terus pada Encik Azali (Rujuk Iklan). Kalau nak sembang panjang , nak tanya macam mana kehidupan kat sini ? macam mana kos sara hidup di mesir ? Naik apa gi kuliah ? Apa pengalaman-pengalaman berharga sepanjang duduk sini ? macam mana nak talaqqi ? Apa istimewanya mesir ? Bla . . Bla . . Bla . . boleh direct shoot pada akak sendiri atau

WA +201158512173 (Khir)
WA +201117034021(Sakinah)



TERBUKA UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN SPM 2011 / 2012
LEPASAN DIPLOMA DAN MATRIKULASI ! 

YUK KE AZHAR ! 
CEPAT DAFTAR SEBELUM 15/6/12 .
TARIKH KIAN MENGHAMPIRI . 
CEPAT YE ! SEBELUM TERLAMBAT.

Ayuh melangkah ke bumi para anbiya' .
Mengutip mutiara . Mencari nilai cinta .
YUH JADI ULAMA' UP TO STANDARD .
MENGUASAI SEGALA CABANG ILMU !
Moga Allah Redha .
Moga Allah Cinta .



STRESS !

Glitter Words

Bismillahirrahmanirrahim ,
Bila namanya stress , yg dibayangkan dalam kepala aku hanyalah keguguran rambut dan kebotakan dan keberubanan rambut . Ya STRESS memang stress , tapi tu bukan alasan . .

Kenapa ? kerana . . Yakinlah [47:7] kalau kamu tolong agama Allah , insyaAllah Allah akan tolong kamu .
Ya Allah , banyak benda yg bermain-main dalam minda , dalam kepala , banyak beban digalas di bahu ini . Berat ? penat ? sakit ? Tu perkara biasa . Tapi , Jangan pernah lupa , Allah nak ajar kita , Allah nak tarbiyah kita . Jangan pernah lupa semua tu dari Illahi . Semua taklifan itu . .

Kalau kita tak stress dengan semua ni , kita nak stress dengan apa ? dengan maksiat ? dengan kebatilan ?? Tak tak ... Kita sekarang memang banyak kerja , banyak benda nak buat . Satu perkara yg kita perlu ingat "Bukan bebanan kerja yg perlu dikurangkan , tetapi iman yg perlu ditingkatkan !!"

Ukhty , ingatlah ! Rasulullah SAW , baginda lagi banyak benda nak fikir , baginda sangat sibuk , bagindalah ketua keluarga , bagindalah pemerintah negara , bagindalah ayah , suami , pesuruh Illahi , pendakwah , dan banyak masalah baginda nak fikir ! Dan , seiring dengan semua taklifan tu , baginda solat malam sampai bengkak-bengkak kaki , sujud baginda sangat lama . Kita ? stress tapi dah botak kepala , beruban rambut . haha .

Ingat , kita takkan stress punya bila kita pandang masalah tu sebelah mata . Alaaa , ciput je , bende kecik ! Tak perlu perbesarkan bende kecit . Kalau kita stress , tu semua masalah hati ! Bayangkan kalau hati kita luas seluas lautan , seluas langit dan bumi , seluas dunia ni ! InsyaAllah , masalah tu akan nampak sangat kecil ! Bahkan kita tak perasan pun yg kita ada masalah . Semua bebanan kerja , taklifan , bende nak buat . . Bende tu bukan jadi bende besar ~