3 Permintaan

Glitter Words

"Anti , cuba baca yang ni" Jemarinya terarah pada satu post . Tertera tajuk post itu "3 permintaan"

"Bacalah , ana baca menitis air mata , padahal mase tu  ana tengah takde perasaan . . Heartless gitu !" Sambungnya .

Dan . . .

"3 Permintaan"

--------------------------------------------------------------------------

SMS Yang Mendetakkan Naluri Jihad
Suasana mendung seakan-akan mahu hujan, ditambah angin yang semakin kuat berhembus membuatkan diri ini terumbang-ambing dek feri yang ana naiki bergoyang dengan agak dahsyat. Tidak pernah ana merasakan gelombang yang sedahsyat itu. Namun, hujan tidak turun menyebabkan, kami ikhwah2 terus melekat di tingkat atas feri penumpang menuju Labuan. Ana menaip sebuah SMS kepada seorang al-akh mohon didoakan keselamatan sepanjang perjalanan.
“ Salam, akh, doakan agar perjalanan kami ke Labuan selamat ya”
Kemudian, al-akh tersebut membalas,
“Doakan nta?ana yang perlu antm doakan…doa orang yang meniti jalan dakwah, sama dengan doa orang di medan jihad…i.a…Akan d kabulkan…doakan ana dlm solat antm yg paling khusyuk…smga Allah, memberikan keberkahan, dan rahmatNYA pada ana dan sekeluarga, dan menjadikan ana seperti ustman bin affan, ana brazam, diri n harta ana bermanfaat tuk dakwah…allahumma amin…barakallahu fikum…”
Ana hampir sahaja mengalirkan airmata ketika membaca SMS tersebut. Terasa getaran keikhlasannya dalam tekadnya untuk menjadi salah seorang peribadi yang bermanfaat buat dakwah. Ana mulai memuhasabah kembali azam dakwah.
Apakah sejajar dengan gerak kerja yang aku persembahkan buat ummat? Masih jauh lagi jika ingin di ‘compare’kan dengan para mujahidin baik di era salaf mahupun khalaf.

3 Permintaan Anda?
Agenda dauroh malam itu dimulai dengan Babak 1, sesi ta’aruf dan ice-breaking. Sesi yang santai plus hangat dengan suasana ukhuwwah. Kami diminta membuat satu gaya plus slogan semangat. Pilihan ana pada malam tersebut adalah, “Syafiq, Super Sukses!”. Mudah-mudah, kesuksesan berlipat kali ganda akan kita peroleh terutamanya dlm hal2 yang meberatkan timbangan amal soleh kita di akhirat kelak, Amin…
Seterusnya, peserta diminta menjawab soalan yang terdapat dalam kertas yang dicabut. Ana memliih kertas yang tertulis nombor 1, hu hu, Super Sukses lah katakan…Soalannya agak biasa tetapi cukup mengesankan hati dan perasaan ana…Alhamdulillah, pujian semuanya untukMu.
“Jika anda diberi tiga permintaan, apakah yang anda mahu?1. 2. 3. ”
Zzzuppp! Terus terlintas di hati ana,

“Wah…mesti lah nak nikah lagi, he he”…Tiba-tiba, seolah-olah ada satu kilatan membayangi di sanubari, ana tersentak justeru bertanya pada diri sendiri, Syafiq, pilihlah permintaan anda, tiga permintaan terbaik! Ana merasa kaget dan blurr buat beberapa detik. Badan mula menggigil apakah disebabkan suhu bilik yang sejuk(surau ada air-cond) atau sebab lain, Wallahua’lam…
Yang pasti, soalan tersebut memaksa ana untuk terus berlaku jujur dengan keputusan ana. Akhirnya, Allah mengilhami ana dengan teringatnya ana pada kisah Umar al-Khattab r.a ketika memberitahu kepada para sahabatnya,
“Jika diberi pilihan, apakah kalian mahu bagi memenuhi ruang bilik ini?”
Ada yang menjawab,
“Saya mahu ruang bilik ini dipenuhi dengan wang, agar saya boleh menginfakkannya di jalan Allah!”
Kemudian, Umar al-Khattab ditanya dengan soalan yang sama, maka dijawab oleh Umar al-Khattab r.a,
“Aku mahu ruang bilik ini dipenuhi oleh peribadi manusia seperti Muadz bin Jabal,Thalhah bin Ubaidillah dan Abu Ubaidah al-Jarrah”
Nah, kisah yang mengesankan.
“Ana mahu sepanjang hidup ana dikeliling orang yang benar2 ikhlas berjuang fi sabilillah, seperti mana as-Syeikhul Jihad, Abdullah ‘Azzam, Syeikh Ahmad Yassin, Hassan al-Banna, Syed Quthb dan lain-lain mujahidin.” Itulah permintaan pertama ana.
“Permintaan kedua,hmm,ya! Ana mahu bernikah lagi!”
Ikhwah yang mendengar ada yang ketawa dan senyum lebar. Ana menyambung,
“Tetapi, bukan dengan manusia biasa … Ana mahu meminang bidadari syurga akh. Tidak ada tolok bandingnya dengan keindahan dan kecintaan manusia di bumi,dan ana sangat2 berharap agar bidadari itu adalah zaujah ana sendiri!”
… Suasana hening seketika…Terlakar senyuman menguntum dibibir ana dan ikhwah2 yang belum bernikah mahupun ‘bernikah lagi’…

Ya Rasulullah!
Masuk kepada jawapan untuk permintaan yang ketiga. Tiba-tiba jantung ana berdegup kencang. Ingin menuturkan permintaan ketiga ini cukup meresahkan. Kerana seolah-olah ana sangat ingin permintaan ini terealisasi secepat mungkin! Dengan sedikit malu, diberanikan diri juga untuk bersuara…
“Ok, ikhwah fillah, ana rasa permintaan yang ketiga ini perlu ana dan antum semua rasakan. Ikhwah fillah…ana mahu…Rasulullah SAW hidup kembali di zaman sekarang………………………….isk…………………….isk…”
Tumpah airmataku ketika itu kerana tak dapat menahan perasaan tika membayangkan betapa gembira dan hebatnya keadaan tersebut! Bayangkan akh, bagaimana perasaannya ketika kita bangun tidur, Rasulullah SAW yang dicintai oleh penduduk langit dan bumi itu, sesuci wajah itu, menyapakan salamnya pada kita.
“Assalamua’laikum ya ummati…Ana Rasulullah...”
Ana meneruskan dengan nada tersekat2 diiringi airmata yang mengalir, “Allahumma sholli a’la Muhammad, Ya Allah, indahnya, andai Nabi Muhammad SAW berada bersama-sama kita membantu secara langsung gerak kerja da’wah ummat ini!”
Semua ikhwah tertunduk, ada yang termenung mengamat kata-kata dan ada yang membuka cermin matanya kerana turut bersedih dan ada yang tertunduk bermuhasabah sendirian.
........


Malam Yang Panjang
Malam itu, selepas sesi ta’aruf, diikuti sesi ‘Adab2 Tidur’ yang dikelola oleh akh Ismail. Sebelum tidur, ana sempat berfikir dan bermuhasabah…Apakah ketiga-tiga permintaan aku akan dipertunaikan?Hanya Allah yang tahu. Sempat juga teringat cerita Ustaz Issraq Ramli, Pengerusi Masjid UMS, yang menceritakan kehebatan dan luarbiasanya mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW.
Semoga mimpi ku kali ini, bukanlah mimpi biasa. Andai tetap sahaja tiada makna, itu bukanlah apa-apa, tetapi, sebuah urgensi untuk aku menggandakan kualiti ibadah dan kefahaman ilmu Islam dalam merentas jalan sebagai seorang yang diiktiraf oleh Allah SWT, al-Mujahid!

"Ayuh, Hijrah Kefahaman Aqidahmu, Hijrah Kualiti Ibadahmu, Hijrah Ketinggian Akhlakmu, Hijrah Kekuatan Azammu!Hijrah kepada sesuatu yang sangat berkualiti dan penuh berstrategi lagi bersinergi!"

-----------------------------------------------------------------------------

Andainya Rasulullah masih hidup , 
Adakah baginda akan mengaku kita sebagai umat baginda ?
dengan segala dosa yang masih mencemari jiwa ,
dengan segala kelalaian yang masih kita agung-agungkan .
dengan segala maksiat yang sebati dalam diri ?

Katanya sayang .
Katanya cinta .

Kalau di sekolah dulu,
time mauleed Rasul sering ditanya
"Sayang tak Nabi?!"
Semua jawab sayang !

Kalau ditanya
"Siapa sayang Rasulullah ?"
Semua angkat tangan !

Tapi , apa bukti segala pengakuan tu ?
Apa yang kita dah persembahkan untuk baginda ?
Untuk Islam ?
Untuk dakwah ?
Untuk Allah !?

Kosong !
Hipokrit !

Malu !
Hina .

Ya Allah .
Ampunilah .

"Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad"
"Astarghfirullah"




No comments:

Post a Comment

Lepas baca tu, komenlah sikit ^^