Salah satu tanda Allah cinta :)

Glitter Words

Bismillah

Ukhty ,
Tiada alasan untuk merasa lemah ,
andai di sisi punya Dzat yang Maha Gagah !
Kita berbuat lillah ,
Teruskan bermujahadah !

Mujahadah bukan mudah ,
Namun tidak payah andai di sisi punya Allah .

Ya . .
Allah ,
Dialah penguat dikala lemah ,
Dialah pemberi semangat dikala futur ,
Dialah penolong dikala jatuh ,
Dikala semua makhluk lari . .
Dia sentiasa ada di sisi . .
Tiada pengharapan kecuali untukNya .
Dia sentiasa ada !
Dia sentiasa dekat , bahkan lebih dekat dari urat leher sang Hamba [50:16]

Jadi . .
JANGAN PERNAH MELEMAH !
KERANA KITA PUNYA ALLAH :)

Duhai hati . . bersabarlah . . [74:4]
Sikit je lagi ,
Sikit sangat lagi waktunya untuk kita bertemu Illahi ,
Dunia ni cuma tempat persinggahan ,
Bukan tempat balasan ,
Disanalah kita bakal dipertemukan ,
diadili , dibalas sesuai dengan amalan ,
Allah itu Maha Adil Ukhti ,
Dia tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya .

Ujian itu , bukan kerana benci ,
bukan kerana tak redho ,
bukan kerana tak suka !

Ujian itu , kerana Allah cinta :)
Ya . Cinta . .
Satu perkataan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata . .
Hanya insan yang pernah merasa yang tahu , bagaimana itu 'cinta' . .
Cinta tak datang dengan tiba-tiba ukhty ,
Cinta itu ada dalam diri setiap manusia . .
Kerana Cinta itu fitrah .

Apatah lagi cinta Illahi ,
Itulah yang haqiqi .
Dan bilamana Allah cinta ,
Maka Dia uji !
Jadi , jangan risau ukhty . .
Andai diuji . .
Kembalikan segala-galanya pada Illahi ,
Dia lah yang menguji ,
Dan dia punya solusi . .

Bersyukurlah dikala diuji .
Bersyukurlah ,
Kerana Allah masih pandang .

:)



"Ujian itu mendekatkan , bukan menjauhkan"


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" , dan mereka tidak diuji?" [29:2]