Mukhayyam Nasional 2013

Glitter Words

Uik ! lame tak jenguk kamu wahai blog ! haha , ini semua KL punye pasai la ~ Aku gi KL beberape hari lepas , untuk membina jati diri (ecece) . alhamdulillah semuanya berjalan lancar , walaupun hari pertama aku tak sempat join kem , kem tu tetap OSEM , huahaha, dapat jumpa akhawat-akhawat dari seluruh Malaysia , dari seluruh IPT , akak sabah , Kedah , Johor , dari UTP, UKM , UMS , UiTM , USM and bla bla bla . Sebenarnya , kem tu bernama Mukhayyam Nasional yang mane "Mukhayyam" membawa maksud perkhemahan ye anak-anak . Tapi kitorang tak pergi berkhemah pon . Dan sebenarnye kem ni bawah NEO SYNERGY TRAINING CENTER . (sebuah syarikat motivasi)

Bile fikir-fikir balik macam ni first time kem lasak yang aku join mase RAMADHAN ! Seriusly , sangat penat , tapi alhmdulillah , banyak pengalaman aku timba, ramai akhawat yang aku dapat kenal . Kem ni aku akan kenang sampai mati sebab punye la banyak dugaan nak pergi kem ni , haha , Okey , aku nak cite jugok guane kem tu ! biar aa takdok orang nok bace blog ni pon . hehehe , 

Hari Pertama 

Kerje aku cume tido dalam kerete jep !Mase ni  tengah on the way nak ke KL . Hik3, seronok bukak puasa bawah pokok kat highway :) then , kitorang sampai kat umah mak sedare aku tengah malam tuh ! dalam pukul 1 pagi gitu la , 

                

Hari Kedua

Hari kedua ni , kitorang awal-awal pagi lagi bertolak ke masjid Uthman Al-Affan kat bandar tun razak . Alhamdulillah tak sesat sebab ade 2 orang Master Sifu (aunty leha&GPS) hehehe , sampai kat sane , aku terus masuk kat dalam dewan dengar forum , banyak gak la maklumat aku dapat dalam forum ni ,

antaranya :~

kite semua ni adalah generasi Y , iaitu gen yang terdedah dengan sumber maklumat yang banyak , dunia teknologi yg meluas , macam facebook , internet , & so on , gen Y ni adalah KITA ! , generasi X pulak adalah generasi yang lahir sebelum-sebelum tu , , lebih kurang generasi mak ayah kita la . Dan .. sepatutnya kita generasi Y ni , maklumat kene ade kat dalam kepala , sebab internet dah kat hujung jari , ni tak . Kalau orang tanya isu Syria , isu palestin , isu mesir , . . Semua geleng kepala tak tau . Ape guna ade internet kalau isu semasa pon tak tau (okey,kene batang hidung aku) hoho

 Akak tu bagi satu ayat untuk renungan bersama

 " Kalau lah nikmat yang kita ada kita tak gunakan dengan baik , sampai satu saat (tibanya akhir penghujung hayat) nikmat tu tak bernilai apa-apa" -kak afifah-

contohnya, macam ucapan syahadah . Kita semua solat 5x sehari dan , lebih kurang 9x sehari kita ucap syahadah kat tahiyyat . TAPI , masa kita mengucapkan kalimah keramat tu , hati kita bergetar tak ? ade nilai tak ? atau . . Ucap sekadar ucap , sekadar memenuhi rukun solat ? Mungkin mase tu kita tak nampak betapa bernilainya ucapan tu , TAPI . . Tibanya penghujung hayat kita , kita akan sedar , betapa bernilainya , betapa bermaknanya ucapan syahadah tu :

أشهد ان لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
~meh pakat perbaharui syahadah kite !~

 Soal dakwah pulak , pengerusi ade tanya panel apakah ciri-ciri yg kene ade pada seorang da'ie ? first sekali , adalah PENAMPILAN ! dan kedua adalah AKHLAK . Dan soal Akhlak ni boleh rujuk keindahan Akhlak Rasulullah SAW . Yang mana dengan akhlak yang begitu indah , rasulullah berjaya menarik ramai orang memeluk islam .

Dan untuk info tambahan , Mother Teressa merupakan seorang nurse yang beragama kristian. Dia hanyalah seorang nurse . Tapi , kenapa dia berjaya mengkristiankan 30 JUTA orang kat india ?? Why ?? Siapa dapat jawab soalan aku nih ?! huahaha . Sebab .. Dia tiru cara islam ! Dia tak cakap masalah TRINITY jesus 3 dalam 1 ape semua tuh, tapi , dia SEBARKAN CINTA ~
"Aku datang bukan untuk bawak agama katholik , tapi .. Aku datang untuk membawa kasih sayang dan kedamaian dari tuhan " ~Mother Teressa
Perkara first sekali untuk menarik hati para mad'u adalah dengan MEMELUK HATI MEREKA & SEBARKAN CINTA DARI ILLAHI :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haa , untuk hari kedua ni , aku agak KEBOLOKAN . Yela , sape suruh datang lewat (ketuk kepala sendiri) . Tapi takde masalah pon sebenarnye . Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan . Hehe , Petang tu , kitorang ade STREET DAKWAH . Best ! Tapi satu dugaan bile rasa sangat PENAT .

Street dakwah ni macam explorace la , tapi bukan explorace . Kitorang ade 3 task untuk dibuat .
  1. Sampaikan maksud tagline kem ni pada orang awam iaitu : HIDUPKAN RAMADHAN vs RAMADHANKAN HIDUPMU . Sambil-sambil tu tanya kat diorang pasal puasa . 
  2. Jual buku sinergi yang baru nak menaik , keluaran SYNERGY MEDIA .
  3. Cari orang yang dapat mewakafkan harta mereka untuk membeli buku-buku synergi (untuk diwakafkan ke sekolah-sekolah , IPTA & MATRIK)

Macam tu la secara ringkasnya task kitorang untuk street dakwah ni . Kitorang kan sekumpulan 9 orang , then bahagi 3 kumpulan pulak (3orang-3orang-3orang). 2 kumpulan untuk non muslim & 1 kumpulan untuk non-muslim . Aku ambik yang muslim je sebab tak pandai speaking . hahaha .

Secara praktikalnye , agak susah untuk cari orang untuk ditemuduga . Yela , tibe-tibe orang yang tak dikenali datang , nak tanya beberapa soalan kat kite , nak interview kite . . Kalau korang ape yang korang buat .? Hekhekhek . Tapi aku rase nak pilih orang untuk diinterview pon susah jugak . Satu bende yang aku belajar , DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER . hikhik

Tapi Alhamdulillah , Ramai je yang sporting :) Kitorang kene street dakwah kat Pasar Seni . Kat situ ramai orang luar . So , kitorang pon jalan-jalan kat luar pasar Seni tu , dang molek jupe sorang makcik indon , kitorang kene halau keluar dari sana (pokguard ke ape tah namenye halau)

"Korang ada surat hitam putih untuk buat program macam ni kat sini? "

"Kami tengah join explorace dan kami tak tau ape-ape . "

"Yela , kamu memang tengah explorace , tapi kalau takde surat hitam putih , dipersilakan keluar dari kawasan ni . Suruh kawan-kawan kamu kat dalam tu keluar dari kawasan ni , dan  kalau nak teruskan dipersilakan buat kat tempat lain , bukan kat sini "

"Baik tuan , terima kasih sebab bagitau . Kami betul-betul tak tahu"

#sebenarnye hangat jugak kitorang berbalas dengan pokcik tu , dan pedas sangat kata-kata beliau . tapi malah nok cite panjang-panjang .

Kak wani kate : Orang yang tengah buat maksiat tak halau , tapi , bile nak buat kerja-kerja dakwah ni . . Macam-macam . Aii ~ Tu la hakikat peraturan manusia . kan ?

Sebenarnya first time jugak aku dapat pengalaman macam ni , hampir-hampir rase down tau ! Dahla mase awal-awal sampai , mase tu baru sorang kitorang interview . Tapi tu baru sikit , Kalau Rasulullah lagi hebat tentangan dan dugaan yang baginda terima . hukhukhuk

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okey , habis cite . pasal street dakwah , petang tu kitorang balik dengan keletihan dan kepuasan . Sambil jalan-jalan kat bazar ! Alhamdulillah . Haha , puas sangat rase ! Malam tu pulak , kami diarahkan tido awal , dan , kene bangun dalam pukul 12.30 malam untuk aktiviti ~ JENG . . JENG . . JENG . .


Hari Ketiga

Hewhew , aktiviti ni paling best skali boh ! er , tapi letih aa , semput + sesak nafas rase . Haha , Pagi tu kami digerakkan dalam pukul 12.30 a.m. dan dipersilakan untuk bersiap , tahajud , bersahur . Dan lebih kurang pukul 1.30a.m. semua orang bergerak ikut kumpulan menuju ke bas . Ramai tak ramai kitorang ni , semua sekali dalam 6 bas . hik3, kat dalam bas tuh , boleh tahan lame jugak kitorang tidur . Maknenye tempat yang kami tuju tu jauh jugok posen !

Hohoho , Dalam pukul 3 lebih sampai kat sana , yakni name tempat tu BUKIT BROGA . *sape pernah dengar nama bukit ni angkat kaki ? yang pasti aku tak pernah dengar . hihihihi . Bayangkan kitorang yang baru bangun tidur , malam-malam lagi , bulan puasa lagi , mendaki bukit broga tuh ,  bukit tu pulak bukan main curam wei . Mujur lah semangat akhawat sangat kental ! Aku kire kumpulan yang atas-atas , takde masalah sangat , tapi . . yang kumpulan bawah tu dengar-dengar ramai yang kecundang . Tapi mereka berjaya jugak last sekali . . Kenapa ? kerana ada ukhuwah yang support mereka :)




Mase mendaki , Hanya Allah yang tau perasaan aku macam mane , sesak naafas , semput , sakit kaki , lenguh , penat , semua ade ! nak nangis rase , ni kali ke dua aku daki bukit macam ni . Mase first time dulu time form 5 , mase tu best sangat ! Rindunye kat kumpulan Ashabul Muqorrobin :') !

Ehem , dalam pukul 4 lebih , KAMI BERJAYA MENAWAN PUNCAK PERTAMA BUKIT BROGA ! Semua sekali ade 4 puncak , kitorang pergi setakat puncak pertama je sebab , tak larat nak teruskan perjalanan  . Okey ,perasaan aku--> Ya Allah , lega sangat bile dah sampai puncak first , kitorang bersahur atas tu and then tidor berbantalkan batu berselimutkan hembusan bayu , bertilamkan tanah bukit  ! haha , sakit bdan wase'an . . Tapi suke sebab dapat tengok langit , bulan . Cume bintang je takdek . Uhuk-uhuk , Kan best kalau G~SAAFF ade mase tu , teringat pulok saat-saat kitorang landing atas padang sekolah mase form 5 , tengok bintang , bulan , makan kuew teow . Ya Allah ! Sampaikan rindu ini pada mereka :')


#bukti aku berjaya menawan bukit broga !haha

Satu pengalaman yang aku takkan lupe atas bukit tu , SOLAT SUBUH BERJEMAAH kat puncak bukit , Allah je yang tau perasaan ni macam mane , bercampur baur skali . Pengalaman bersejadahkan tanah , berimamkan imam la , berhadapkan kiblat , berkain sembahyangkan baju yang kitorang pakai mase tu jugak . Lain sangat perasaan dia . Wuw , bile la pulok dapat merasai pengalaman macam tu untuk kali ke dua :) Pagi tu pulak , dapat tengok pemandangan sunrise ! ATAS PUNCAK BUKIT . Suke-suke ! lame da aku ade impian nak tengok matahari terbit / terbenam kat atas puncak bukit . Nanti nak bawak laki date tgok sunrise kat sini aa weh .hahaha


Sebelum nak turun , kitorang semua diberitahu IBRAH disebalik arahan yang dikenakan , #sebenarnye sebelum mendaki kami diberi arahan supaya jangan minum air walaupun setitik bile start je kaki melangkah mendaki bukit.

~sebenarnye diorang nak bagitau pasal kisah JALUT DAN TALUT . Yang mana tentera Talut diperintahkan untuk jangan minum air sampai Allah benarkan . Mereka akan diuji dengan sungai , dan ramai sangat tentera Jalut langgah perintah tu (dari 80 000 orang --> jadi 313 orang ) .

dan for the next ibrah , kenapa buat pendakian ni mase bulan puasa ? Untuk mengenang kisah perang badar . Kalau nak banding daki bukit ni dengan perang , sikit sangat dugaan penat tu nak banding dengan dugaan para sahabat mase perang badar . Err , gitu la lebih kurang . haha . 


          


Okey , aku pon dah penat menaip , sepenat-penatnye mendaki , penat jugak menaip nih . hohoho Tapi se lagi aku nak citer pasal turun bukit . Mase turun tuh , aku ingat senang laaa sangat , boleh rilek-rilek je turun macam turun bukit Besar kat Ganu nih ! Rupe-rupenye , turun bukit broga tu lagi mencabar ! betul-betul menguji otot lutut ! Rase macam nak tercabut lutut aku mase turun bukit tuh . Tapi mase turun yang curam tu , best jugak sebab dapat gelongsor , haha . Suke-suke .

Okey , sampai sini je , kalau ade yang bace post ni sampai habis , time kasih saya ucapkan . Kwang-kwang-kwang .

#memorimukhayyam'13#

Wallahualam :)

Result Exam :'(

Glitter Words

Ya Allah , serius takut 

































































Seram











































Berdebar
















































Nak nangis 
























































bile teringatkan result akan keluar dalan jangka masa beberapa hari lagi !! huaaaa 


Dalam kawan-kawan seusrah aku , dah ade sorang student MEDIC yang dapat MUMTAZ (!) 
Kalau sebut mumtaz tu . Diibaratkan Macam A+++ la , Ya Allah , Allah tau dia layak dapatkan result sebagus tu ~ NANA ! Tahniah . Alfu mabrouk ya sodiqaty :) Mabruk Alaik~ hihi

Dan aku pulak ? Tawakkal 'alaAllah ! Hasbiyallahu wa ni'mal wakil . Allah tau usaha aku setakat mane , CIPUT SANGAT . Aku kan jenis study last minit . Teruknya ! Macam ni la perasaan orang yg tak berusaha bersungguh-sungguh + study last minit . Huk2 . Allah , Tawakkal je la (buat kawan-kawan , jangan study last minit macam saya ! Nanti menyesal tak sudah) huahaha

*******************************************************************************************

Cakap soal usaha & tawakkal , tiba-tiba teringat kisah aku ambik ujian berkomputer utk buat lesen . Dalam jangka masa 5 hari , aku tak study langsung buku KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu) kecuali mase malam sebelum exam . Seriusly . MEMANG LAST MINIT AA , dah la Bile study malam-malam dan tengah malam , Hatiku lebih cenderung pada katil . dan mase tu takde mood langsung nak study . Tak tahu kenapa :( Malam tu aku study papan tanda JE (!)

Esok tu , Aku exam dengan harapan aku LULUS , memang habis tawakkal dah mase tu ! Hati ni tak putus-putus berdoa . Ya Allah , bagi la aku lulus bagi la aku lulus bagi la aku lulus . Ya Allah . tolong aku Ya Allah . Kalau salah biar salah 8 takpe doh , asalkan lulus . Haha , tobat lawok bile ingat mula ! 

Memang banyak jugak la soalan yang aku tembak (pow pow pow) dalam hati aku doa biar tembakan aku tepat pada sasaran ! Aku siap semak semula soalan dari no 1-50 . Haha , sempat pulak mase nak semak . Lepas semak tu bajet yakin lulus . tapi .. TAK LULUS PON ! huhu , sedih sangat . Aku terpaku depan komputer lame jugak , lebih kurang 4 5 minit jugak aku terkesima , kwang-kwang-kwang

Mase tu . . . Aku SEDIH SANGAT . Aku tak nangis , tapi hati aku nangis . Allah je yang tahu macam mane perasaan aku . Then aku cite kat kawan-kawan terdekat , dyorang semua LULUS sejak dari first exam lagi . Takyah ambik exam buat kali ke dua . Lepas tu . . . aku bertekad untuk dapatkan full mark ! (50/50) tapi.. boleh ke ? haha , Tak kesah la . Yang penting aku nak LULUS , Malam tu memang aku struggle habis-habisan sampai lenyeng buku KPP !  BETAPA KEGAGALAN MEMBERI MOTIVASI YANG TINGGI UNTUK AKU BERUSAHA *ecececececece,ayattaklehblah!kaka~


Keesokan tu aku ambik exam ulangan pulak . Aku jawab dengan penuh keyakinan tanpa ade pistol untuk menembak ! hahaha , Dan Alhamdulillah .. LULUS . Dan yang lagi tak sangka , aku dapat full mark ! (^_^)V hehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Point aku kat sini .. Pasal usaha , doa dan tawakkal . Aku rase , walaupun exam komputer tu bende kecik je , ciput je , kacang je , memang senang je . Majoriti semua orang lulus . Tapi .. KALAU TAK USAHA , ALLAH NAK BAGI LULUS KE ? KALAU DOA & TAWAKKAL SEMATA-MATA , TAKDE USAHA LANGSUNG , BOLEH BERJAYA KE ? memang TAK la , KAN ? Sebaliknya . .  kalau usaha bersungguh-sungguh , diiringi dengan doa & tawakkal , insyaAllah . . Allah bagi lebih dari yang kita nak . 

Memang nampak bende kecik , tapi bagi aku , banyak dapat pengajaran , aku pon ade terfikir kalau la aku macam ni , semua bende last minit , tak buat persediaan dari awal . Kalau macam ni la kan perangai aku untuk MENUJU AKHIRAT , Allah nak bagi ke SYURGA ? huhuhu , Ya Allah , Sesungguhnya Allah Maha Pengampun . Kalau ikutkan semua orang tak layak masuk syurga sebab MANUSIA TAK SEMPURANA , SELALU BUAT DOSA . Tapi , dengan rahmat Allah baru kita dapat masuk syurga,

لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ أَحَدٌ بِعَمَلِهِ قِيْلَ وَلاَ أَنْتَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ وَلاَ أَنَا إِلاَّ أَنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللهُ بِرَحْمَتِهِ
Tidaklah seseorang masuk surga dengan amalnya. Ditanyakan, “Sekalipun engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Sekalipun saya, hanya saja Allah telah memberikan rahmat kepadaku.”
“Seseorang itu tidak masuk surga karena amalnya; akan tetapi karena rahmat Allah kepadanya. Sehingga apabila Allah merahmati hambaNya, maka ia akan memberinya taufiq untuk BERIMAN serta BERAMAL SHALIH, istiqamah diatasnya, dan sehingga mematikannya diatasnya; sehingga dengan sebab itu ia masuk syurga.”~imam ibnu hajar~

Rasulullah bersabda, 

"Setiap orang dari umatku akan masuk ke dalam Syurga , kecuali mereka yang enggan" Lalu ditanya , "Siapa yang enggan wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW bersabda , "Siapa yang patuh kepada aku , akan masuk Syurga . Siapa yang mengingkari aku , mereka yang enggan (masuk ke Syurga)"




Eh , rase macam tertukar topik la pulak . hehe , sama-sama ambik peringatan :')

Erm , Poyo je tajuk post tu kan , macam aku nak bagitau result aku je . Kwang3.. Anyway .. Doakan aku untuk exam tamhidi nim ! #semoga aini & kawan-kawannya lulus semua subjek# insyaAllah . . . Amin ya Rabb :)

Okeh , penutup kata dari aku , semoga Allah bagi kejayaan kepada kita semua di dunia dan di akhirat . Amin :)

rindu mereka ! 

Di manakah Dr Mursi disembunyikan ?

Glitter Words

Bismillahirrahmanirrahim ,


Menyembunyikan Presiden pilihan rakyat, Dr.Mursi merupakan satu lagi jenayah kumpulan "perampas kuasa" di Mesir yang sehingga hari ini tidak diketahui secara tepat di mana beliau disembunyikan.

Pada awal rampasan kuasa berlaku, situasi masih samar dengan tindakan sebuah unit dalam tentera yang dinamakan "Pengawal Republik". Tidak kurang yang beranggapan Pengawal Republik menyembunyikan Mursi suatu yang "baik" dan menyebelahi Mursi. Sememangnya unit Pengawal Republik bertugas menjaga keselamatan Presiden. Selepas kejatuhan Mubarak 2011 sehingga Jun 2012, Pengawal Republik tidak mempunyai tugasan ini kerana tiada seorang Presiden dipilih sehingga Mursi diisytiharkan Presiden yang sah Julai 2012, unit ini kembali bertugas. Pangliman unit ini merupakan salah seorang yang menjadi anggota kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi.

Andaian bahawa unit Pengawal Republik menyebelahi Mursi dengan menyembunyikannya adalah silap. Dengan kenyataan demi kenyataan oleh pimpinan Ikhwan dan pertubuhan hak asasi manusia kebelakangan ini membayangkan bahawa keadaan Mursi dalam bahaya.

Pada Ahad 14 Julai, Naib Presiden FJP Dr.'Esom Eryan secara jelas meminta keluarga, peguam dan pakar perubatan dibenarkan untuk menziarahi Mursi. Kenyataan AJK FJP Pusat, Dr.Mohammed Beltaji yang menyusul sehari kemudian juga menggelarkan tindakan menyembunyikan Mursi sebagai "jenayah kejam" dilakukan oleh tentera.

Begitu juga desakan dunia seperti Turki, Jerman dan wakil Kesatuan Afrika yang turut menggesa Mursi dibebaskan.

Semalam, Dewan Senat yang mengadakan persidangan di Raba'ah (selepas Bangunan Senat di Tahrir tidak lagi dibenarkan setelah dekri tentera yang membubarkan dewan ini) menubuhkan sebuah jawatankuasa kesihatan dan keselamatan yang terdiri dari wakil Kesatuan Perubatan dan Kesatuan Peguam yang akan cuba menziarahi Mursi terdekat. Selain itu, mereka turut meminta kunjungan wakil PBB ke Mesir atas tujuan yang sama.

Sementara hari ini, sebuah pertubuhan hak asasi manusia "As-Syehab" pula mendesak tentera dan kerajaan "haram" hari ini mendedahkan di mana Mursi disembunyikan. Dari sumber Ikhwan sendiri, mereka menerima maklumat Mursi disembunyikan di Bangunan Pengawal Republik dan ada yang mengatakan di Kementerian Pertahanan.

Walau dimana jua sekalipun, Mursi kini ditahan dan dilayan seperti orang salah, satu tindakan yang tidak selayaknya diterima seorang pemimpin pilihan rakyat.


cc : Ustaz Abdul Malik

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : saje je share pasal mesir . Selepas rampasan kuasa berlaku , aku tertanya-tanya la jugak kat mane Dr Mursi sekarang ? Rupa-rupanya beliau disembunyikan dan ditahan bagaikan pesalah . Semoga beliau berada dalam lindungan Allah SWT . Ya Allah , lindungilah Bumi Mesir dan kekalkanlah pemerintahan Ikhwanul MUslimin . Amin 





Tabah Hati

Glitter Words



Aku rasa macam . . .
aku hanyalah seekor burung yang terkurung dalam sangkar..
Burung yang mempunyai keinginan untuk melihat dunia yang indah ,
Burung yang ingin terbang bebas ,
Burung yang ingin mencari erti kehidupan di luar sana ..
Tapi.. Dihalang oleh besi-besi yang mengelilingi diri..
Tak boleh ke sana ke mari sesuka hati . 
Bukan macam burung lain bebas ke sana ke mari . 
Bersama kawan-kawan , belajar erti kedewasaan . 
Aku pulak hanyalah seekor burung yang terkurung dalam sangkar .
Yang mempunyai keinginan seperti mereka . 







Menangis dan terus menangis.

Ya Allah . Tabahkan hati yang lemah ini

(T_T)









Perhimpunan Di Dataran Rabaah

Glitter Words

Okey . Aku sudah rindukan mesir *sejak dari hari pertama jejak kaki kat KLIA . Haha , Annoying kan ? Tapi sungguh . Aku ingat lagi perasaan turun dari kapal terbang , tengok muke pegawai-pegawai & pok guard semua, aku terbayang-bayang AMMU-AMMU mesir yang kasar-kasar orangnye . hehe

Nampak sangat perbezaan Mesir & Malaysia . Masuk je Airport , tenang & sunyi ku rasakan . Suasananya berbeza . Dan , aku rase nak suke ! Aku hampir-hampir je nak cakap bahasa Ammi dgn pokcik pegawai KASTAM . Oh oh . Aku rindu mesir :') Tapi mesir sekarang tengah bergolak . Berita pasal rampasan kuasa tu menyedihkan seluruh ummah , Ya Allah , kekalkan pemerintahan islam di mesir :) Amin

Sekarang ni , pro-morsi sedang berkampung di Rabaah sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa . Mereka berbuka , tarawih , solat , sahur bersama . Subhanallah . Hebat tarbiah mereka . Teruskan berdoa untuk mesir ya sahabat ~

Tak semua orang mesir tu kasar , bahkan yg BAIK tu ramai sangat ! Aku pernah jumpa sorang ammu yg jadi pemandu teksi .  Bila ditanya : " Pakcik sokong tak mursi ? " Dia kata : "Mestilah sokong ! orang yang tak sayangkan islam je yang tak sokong Mursi." Betapa dia sokong sangat pemerintahan Dr.Mursi . Pastu kami sembang-sembang dengan pakcik tu . Dia cerita pasal anak-anak perempuan dia . Orangnya pulak sangat baik , Sampaikan bile tiba ke destinasi , dia tanya : " korang ade duit tak ? cukup tak duit korang ? Kalau tak cukup , pakcik halalkan , takyah bayar :)" See ? Padahal mase tu kitorang naik teksi dari Sabi' ke Masjid Azhar , Harga dalam L.E. 16 . Mahal jugak tu :) Huhu . *gitu nok cite gok!*


Okey , berbalik pada tajuk post , Mase solat jumaat tadi , Dr Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni) mengemukakan beberapa Tuntutan Perhimpunan mereka di dataran Rabaah .

"MATLAMAT KAMI JELAS"
  1. Kembalikan Presiden Mesir (Dr.Mursi) ke Istana Ittihadiyyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara
  2. Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan
  3. Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yg diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat
  4. Sesiapa yg tidak berpuas hati untuk menghukum presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan 

Beliau juga ada berucap di pentas Rabaah , "KAMI SEDIA SAMBUT HARI RAYA DI SINI"

"Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan kamu ?"

Kita jawab :
  1. Kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran sehingga kembali presiden Mursi atau KAMI BERSEDIA UNTUK MATI
  2. Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini
  3. Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan  untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran
  4. Kami akan teru menekan dengan cara yang aman . Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh . KAMI AKAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG SEDIA DIBUNUH , BUKAN HAMBA-NYA YANG MEMBUNUH
  5. Kami akan menggunakan semaksimum cara untuk menekan . Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan , akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai

اللهم انصر الإسلام و المسلمين في فلسطين و في سريا و في مصر

*******************************************************************************************


Umat Islam Palestin mengangkat sepanduk berhampiran "Qubbah Sokhro" (Kubah Kuning) di Baitul Maqdis selepas Jumaat tadi.

"Mursi bukan hanya Presiden Mesir tetapi beliau adalah pemimpin ummah"


#prayformuslimin/muslimat@syria,palestin,misr
Wallahu'alam

Giveaway 10K Followers Mialiana.com

Glitter Words

Ehem-ehem , nak try sebab hadiah-hadiahnye OSEM ! :)
Moga-moga ade rezeki . InsyaAllah 


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Ramadhan datang lagi

Glitter Words



" Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu , moga-moga kamu bertaqwa " 

Alhamdulillah Allah masih memberi kita peluang untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan ! 

Alhamdulillah , kita masih diberi nyawa untuk terus beribadah kepada Allah 

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada kita untuk terus bertaubat kepadaNya
Matahari masih belum beralih ke barat , nyawa belum lagi di halqum , kiamat belum lagi tiba walaupun tanda-tandanya sudah banyak 

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah . Alhamdulillah atas segalanya . Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur . Dan semoga kita dapat termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa . Yakni orang-orang yang takutkan Allah . Sirran wa 'alaa niah ! sama ada dalam keadaan tersembunyi atau dalam  keadaan terang-terangan :)

Ramadhan bulan tarbiah
Syaitan-syaitan dibelenggu pada bulan ini
yang menguasai diri hanyalah Nafsu
Nafsu yang dididik syaitan selama 11 bulan
11 bulan , bukan jangka masa yang singkat , panjang ..
sehingga.. Nafsu-nafsu itu sudah menjadi PRO..
Sehingga kita sentiasa kalah dengan godaan nafsu .
Hinanya ! Lemahnya iman !
Semoga kita dapat mendidik nafsu kita ke arah kebaikan ,
ke arah keredhaan Allah . insyaAllah

Tingkatkan iman . Tingkatkan ibadah :)

Anggaplah ni ramadhan terakhir untuk kita ,
agar kita akan buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum-sebelum ni .
InsyaAllah .

Sabda Rasulullah SAW :
" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga "

Sahabat jangan jadi hamba Ramadhan , tapi.. jadilah hamba Allah :)


SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN
MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN DIRI 
(^_^)V

*********************************************************************************

Papa : kenapa setiap saat itu berharga ?
Aini : sebab setiap saat tu akan dihisab oleh Allah
Papa : Betul , tapi... setiap saat sangat berharga sebab Allah bagi kita peluang untuk bertaubat . Bila kita mati . Tiada lagi saat-saat berharga untuk kita bertaubat . Kita tak boleh lagi nak bertaubat bila dah mati , bila dah masuk kubur . Berapa ramai orang yang dah mati nak hidup semula sebab menyesal dengan amalan dia kat dunia dulu ? Ramai .. Tapi .. Mase tu dah tak boleh nak kembali di dunia , sebab dah terlambat . Sebab tu kena gunakan saat-saat berharga di dunia dengan sebaiknya :) Bertaubatlah selagi masih ada peluang.

Semua orang diberi peluang untuk berubah .Bahkan Allah pon sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk bertaubat . . Pintu taubat sentiasa terbuka . Tak pernah tertutup . Tapi . Ada had juga . jangan tunggu matahari di barat baru nak bertaubat . jangan tunggu nyawa sampai ke halkum baru nak mencari Allah . Firaun pun bertaubat saat-saat akhir hidupNya. Namun , diterimakah ?

"Dan seandainya engkau (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka , mereka berkata , seandainya kami dikembalikan (ke dunia) tentu kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami , serta menjadi orang-orang yang beriman" [6:27]

 ~andai si mati bisa berbicara , "Allah.. kembalikan aku ke dunia" ~

Peringatanbuatdiriyanglupa
10-7-2013






Bicara Cinta :)

Glitter Words


ما في قلبي غير الله

Apabila berbicara tentang cinta ~
Biarkan yang arif berbicara..~
Cinta Allah & Rasul itulah segalanya !
Tapi, yang menghalang antara cita kita dengan cintaNya adalah Sang Nafsu :')



.:: Jemput tonton video ni , Rugi tak tengok ! ::.
hihi (^_^)V





Cinta itu mencintai , Kalau tak mencintai . ITU BUKAN CINTA :)

CINTA ITU CUMA SATU ~ HANYA ALLAH .. Dihati ini tak boleh ada yang lain kecuali Allah sahaja!

Subhanallah ~ Hebatnya cinta para Sahabat terhadap Rasulullah ! Itulah cinta Haqiqi :)

Cinta itu HANYA MILIK ALLAH . Jika Allah berikan cinta kepada kita, Maka kita cinta kepada Allah . Allahh . Peringatan buat diri , Bagaimana Jika kita tak cintakan Allah ??! Allah cinta kita tak ?? Allah Allah . Allah itu Maha Mengasihi . Masakan Allah tak cintakan kita. Kita yang menghalangi cinta Allah itu dengan HAWA NAFSU kita. Dengan dosa-dosa yang kita lakukan ! Ingat sahabat , Allah Tuhan kita YANG ESA , tapi bagaimana kita masih boleh BERTUHANKAN HAWA NAFSU ? 

Sama-sama kita mengambil iktibar . Check balik iman , check balik cinta kita pada Allah :)

.:: muhasabah bersama  ::.






Aku rindu bebudak nih :')

Glitter Words



Budak-budak itu suci . Ibarat kain putih yg tiada corak pape lagi . Comel .. Bau pon sedap. Bau-bau syurga gitu !! Mereka langsung tiada dosa . Bahkan menjadi Qurratu 'ain utk aku :) Aku .. Dulu tak berapa exited jumpa budak-budak . Sebab... nak kate tak suka , aku bukan tak suka bebudak . Lebih tepat --> aku tak biasa dengan budak-budak ! ahahaha  .Tapiiii ~ lepas pergi mesir ! seriously ~ Aku dah jatuh cinta pada mereka . Dyorang ni kan , sebenarnye betul-betul-betul menceriakan hidup aku ! :)



Bermula dengan Abdullah , yg mule-mule kenal memang sombong ngan aku ! Banyak la sombong ! sampai aku suke wat die nangis mase dulu-dulu .Hahaha, suke ngat jerit budak tuh . Dulu kan dia tak biasa dengan aku , so... Sebelah mata pon tak pandang ! ngeee~ sombong sangat mase tu ~ dan dulu aku kagum ngan die tau , tak pernah menangis ! jatuh ke terhantuk ke, memang susah nak tengok air mate dia mengalir ! haha.. so mase tu aku pon suke buat dia menangis ! Try wat dia menangis . Rebut barang ngan dia . kurung dia . tapi betapa machonya dia masa tu , tak nangis pon , lepas lame-lame kenal , manje sangat budak tuh rupenye !~ hahahahahaha .

Abdullah. Tak boleh cakap lagi . Tapi dia pandai sangat buat bunyi haiwan ! Jumpa keldai (HIHO) kucing (MEOW) Anjing (KUNG-KUNG) Harimau (AUMAUM) kambing (BEK) haiii... semua jenis bahasa haiwan dia pandai ! Tapi... Bahasa MANUSIA?? hehehe , ABI, UMMI, AINI, NAKK, TANAK, yg tu je kot die reti cakap . Dahla Abdullah panggil aku --> ANIIII ! ANNNIIIIII ~ haha , macam orang tua je cara dia panggil tu . Dahla tak letak KAKAK kat depan , panggil ANII je . Ish-ish-ish.. Sesungguhnya budak-bdak sangat mudah meniru ye sahabat-sahabat :) Abdullah dengar orang panggil aku Aini , dia pon nak panggil Aini walaupun Maksu & Paksu dah ajar dia panggil KAK AINI. Comel sangat ! Abang aman pulak die panggil --> AMAAANNN, AMAANN :)


Dan Nusrah.. Yang lahir lepas beberapa minggu aku duk mesir :) Ya Allah... Budak ni sangat sangat sangat comel ! Kecomelan terlampau sehinggakan aku pon jadi kegeraman melampau-lampau ! haha super comel sangat ~ Aku geram dan suke cubit pipi dier . Nusrah ni peramah dan suke senyum . Orang kuci-kuci-kuci sikit dah mengekek suke ! ngee~ peramah betol budak tu ! haha. Satu tabiat Nusrah yang aku takkan lupa , dia suka gigit ! Gigit je kerjenye . Dapat buku , GIGIT ! Dapat kunci , GIGIT ! Dapat botol , GIGIT ! Dapat henset , GIGIT ! ~ Sebut je la ape-ape pon, kalau dia dapat , memang dalam fikiran dia cuma tau gigit aje ! haha~

Haritu aku bukak video lagu A.B.C. untuk budak-budak dalam henset . Video tu memang khas untuk Abdullah ubat penenang abdullah . Terus Nusrah berpaling . Aku ingatkan dia berminat nak tengok video . Exited aku tunjuk kat nusrah lagu ABC tuh ! tengok-tengokkk~ dia ambik henset aku , dan GIGIT ! Mujur takde gigi lagi si nusrah ni ! Kalau tak , aku rase kalau dia boleh mengunyah, dia nak kunyah gamaknye :D haha

Abdullah + Nusrah memang tak dapat dipisahkan . Diorang tu .. memang comel ! Tiap pagi , kalau Abdullah bangun dulu , dia bagi salam kat Nusrah . Abdullah pon suka cubit pipi Nusrah sampai merah merah (tak pasal-pasal pakai blusher free) haha . Diorang suke berebut barang (macam kunci) . Suka main nyorok-nyorok ! haha . Comel sangat . Nusrah menyorok dalam ampaian dan Abdullah cari ,bile Abdullah jumpa, dua-dua mengekek suke .haha :) Pastu dua-dua suka masuk tandas ! Kalau ade orang dalam tandas, diorang suke mengintai dari bawah tuh .Haha . Pernah sekali aku keluar dari tandas , Comel sangat ! dua-dua tengah melepak depan tandas ! Aku keluar je, dua-dua berpaling tengok aku , buat muke kiut YA ALLAH COMEL SANGAT !! (aku rase kan, diorang saje je buat lepak, padahal sebelum tu duk ngintai dulu bawah tandas tuh) haha Nakal plus comel . SERIOUSLY . I MISS THEM :) Rindu nak rebut barang dengan Abdullah . Rindu nak cubit pipi Nusrah . Rindu nak tengok gelagat mereka berdua . Mesti nanti time aku dah jumpa Abdullah balik, dia dah boleh bercakap. Mesti dia banyak cakap , potpet-potpet . Huaaaa ~ Tapi .. Mase tu dia kenal aku tak lagi agaknye ? lepas 3 bulan berpisah ? huhu

Sejujurnya, kalau aku stres-stress kat sana kan , aku akan ke rumah paksu , dan tujuan utama aku adalah untuk --> JUMPA ABDULLAH & NUSRAH ! Diorang tu ibarat salah satu insan yang menceriakan hidup aku :') Lepas main-main je.. InsyaAllah , masalah berguguran, tekanan darah kurang , stress pon hilang . . tenang je rasa . Ahaha,

Cakap soal bebudak & mesir kan , aku nak citer la kat mesir ni ramai jugak pelajar yang dah kawin , dan .. ramai jugak yang dapat anak :') Kalau kat Rumah Terengganu (khas utk pelajar Ganu) Ramai sangat Madam (gelaran utk akhawat yang dah kawin) . Akak-akak siap bagitau yang terengganu ni memang aktif kawin :P haha, Bapak aa . Aku siap rase nak kawin gak oi (shhhhhh~) Er.. tapi lepas belajar la :') ngehehehe . disebabkan ramai madam terengganu, rumah ganu tu agak ceria dengan kehadiran kanak-kanak.. Dan perkara ni melatih aku untuk terus mencintai mereka :')


~ALLAHUMMA AMIN ~