Di manakah Dr Mursi disembunyikan ?

Glitter Words

Bismillahirrahmanirrahim ,


Menyembunyikan Presiden pilihan rakyat, Dr.Mursi merupakan satu lagi jenayah kumpulan "perampas kuasa" di Mesir yang sehingga hari ini tidak diketahui secara tepat di mana beliau disembunyikan.

Pada awal rampasan kuasa berlaku, situasi masih samar dengan tindakan sebuah unit dalam tentera yang dinamakan "Pengawal Republik". Tidak kurang yang beranggapan Pengawal Republik menyembunyikan Mursi suatu yang "baik" dan menyebelahi Mursi. Sememangnya unit Pengawal Republik bertugas menjaga keselamatan Presiden. Selepas kejatuhan Mubarak 2011 sehingga Jun 2012, Pengawal Republik tidak mempunyai tugasan ini kerana tiada seorang Presiden dipilih sehingga Mursi diisytiharkan Presiden yang sah Julai 2012, unit ini kembali bertugas. Pangliman unit ini merupakan salah seorang yang menjadi anggota kepada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi.

Andaian bahawa unit Pengawal Republik menyebelahi Mursi dengan menyembunyikannya adalah silap. Dengan kenyataan demi kenyataan oleh pimpinan Ikhwan dan pertubuhan hak asasi manusia kebelakangan ini membayangkan bahawa keadaan Mursi dalam bahaya.

Pada Ahad 14 Julai, Naib Presiden FJP Dr.'Esom Eryan secara jelas meminta keluarga, peguam dan pakar perubatan dibenarkan untuk menziarahi Mursi. Kenyataan AJK FJP Pusat, Dr.Mohammed Beltaji yang menyusul sehari kemudian juga menggelarkan tindakan menyembunyikan Mursi sebagai "jenayah kejam" dilakukan oleh tentera.

Begitu juga desakan dunia seperti Turki, Jerman dan wakil Kesatuan Afrika yang turut menggesa Mursi dibebaskan.

Semalam, Dewan Senat yang mengadakan persidangan di Raba'ah (selepas Bangunan Senat di Tahrir tidak lagi dibenarkan setelah dekri tentera yang membubarkan dewan ini) menubuhkan sebuah jawatankuasa kesihatan dan keselamatan yang terdiri dari wakil Kesatuan Perubatan dan Kesatuan Peguam yang akan cuba menziarahi Mursi terdekat. Selain itu, mereka turut meminta kunjungan wakil PBB ke Mesir atas tujuan yang sama.

Sementara hari ini, sebuah pertubuhan hak asasi manusia "As-Syehab" pula mendesak tentera dan kerajaan "haram" hari ini mendedahkan di mana Mursi disembunyikan. Dari sumber Ikhwan sendiri, mereka menerima maklumat Mursi disembunyikan di Bangunan Pengawal Republik dan ada yang mengatakan di Kementerian Pertahanan.

Walau dimana jua sekalipun, Mursi kini ditahan dan dilayan seperti orang salah, satu tindakan yang tidak selayaknya diterima seorang pemimpin pilihan rakyat.


cc : Ustaz Abdul Malik

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : saje je share pasal mesir . Selepas rampasan kuasa berlaku , aku tertanya-tanya la jugak kat mane Dr Mursi sekarang ? Rupa-rupanya beliau disembunyikan dan ditahan bagaikan pesalah . Semoga beliau berada dalam lindungan Allah SWT . Ya Allah , lindungilah Bumi Mesir dan kekalkanlah pemerintahan Ikhwanul MUslimin . Amin 





2 comments:

  1. Allah2x !
    smga Allah pelihara Mesir !
    ameen :D
    rindu mesir la . hehe .manfaatkan cuti selama di malaysia ni .nt kat mesir mula la rse rindu malaysia plak:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin , semoga Allah pelihara mesir dan pelihara islam di seluruh dunia :') sedih bile dengar mesir macam ni ~ huhu

      kan lina ? rindu sangat kat mesir :) huahahaha,

      betul2 ,

      duk sane, rindu sini ..
      duk sini , rindu sane

      #apapontakboleh . hehe

      Delete

Lepas baca tu, komenlah sikit ^^