Uik ! lame tak jenguk kamu wahai blog ! haha , ini semua KL punye pasai la ~ Aku gi KL beberape hari lepas , untuk membina jati diri (ecece) . alhamdulillah semuanya berjalan lancar , walaupun hari pertama aku tak sempat join kem , kem tu tetap OSEM , huahaha, dapat jumpa akhawat-akhawat dari seluruh Malaysia , dari seluruh IPT , akak sabah , Kedah , Johor , dari UTP, UKM , UMS , UiTM , USM and bla bla bla . Sebenarnya , kem tu bernama Mukhayyam Nasional yang mane "Mukhayyam" membawa maksud perkhemahan ye anak-anak . Tapi kitorang tak pergi berkhemah pon . Dan sebenarnye kem ni bawah NEO SYNERGY TRAINING CENTER . (sebuah syarikat motivasi)
Bile fikir-fikir balik macam ni first time kem lasak yang aku join mase RAMADHAN ! Seriusly , sangat penat , tapi alhmdulillah , banyak pengalaman aku timba, ramai akhawat yang aku dapat kenal . Kem ni aku akan kenang sampai mati sebab punye la banyak dugaan nak pergi kem ni , haha , Okey , aku nak cite jugok guane kem tu ! biar aa takdok orang nok bace blog ni pon . hehehe ,
Hari Pertama
Kerje aku cume tido dalam kerete jep !Mase ni tengah on the way nak ke KL . Hik3, seronok bukak puasa bawah pokok kat highway :) then , kitorang sampai kat umah mak sedare aku tengah malam tuh ! dalam pukul 1 pagi gitu la ,
Hari Kedua
Hari kedua ni , kitorang awal-awal pagi lagi bertolak ke masjid Uthman Al-Affan kat bandar tun razak . Alhamdulillah tak sesat sebab ade 2 orang Master Sifu (aunty leha&GPS) hehehe , sampai kat sane , aku terus masuk kat dalam dewan dengar forum , banyak gak la maklumat aku dapat dalam forum ni ,
antaranya :~
kite semua ni adalah generasi Y , iaitu gen yang terdedah dengan sumber maklumat yang banyak , dunia teknologi yg meluas , macam facebook , internet , & so on , gen Y ni adalah KITA ! , generasi X pulak adalah generasi yang lahir sebelum-sebelum tu , , lebih kurang generasi mak ayah kita la . Dan .. sepatutnya kita generasi Y ni , maklumat kene ade kat dalam kepala , sebab internet dah kat hujung jari , ni tak . Kalau orang tanya isu Syria , isu palestin , isu mesir , . . Semua geleng kepala tak tau . Ape guna ade internet kalau isu semasa pon tak tau (
" Kalau lah nikmat yang kita ada kita tak gunakan dengan baik , sampai satu saat (tibanya akhir penghujung hayat) nikmat tu tak bernilai apa-apa" -kak afifah-
contohnya, macam ucapan syahadah . Kita semua solat 5x sehari dan , lebih kurang 9x sehari kita ucap syahadah kat tahiyyat . TAPI , masa kita mengucapkan kalimah keramat tu , hati kita bergetar tak ? ade nilai tak ? atau . . Ucap sekadar ucap , sekadar memenuhi rukun solat ? Mungkin mase tu kita tak nampak betapa bernilainya ucapan tu , TAPI . . Tibanya penghujung hayat kita , kita akan sedar , betapa bernilainya , betapa bermaknanya ucapan syahadah tu :
أشهد ان لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
~meh pakat perbaharui syahadah kite !~
Dan untuk info tambahan , Mother Teressa merupakan seorang nurse yang beragama kristian. Dia hanyalah seorang nurse . Tapi , kenapa dia berjaya mengkristiankan 30 JUTA orang kat india ?? Why ?? Siapa dapat jawab soalan aku nih ?! huahaha . Sebab .. Dia tiru cara islam ! Dia tak cakap masalah TRINITY jesus 3 dalam 1 ape semua tuh, tapi , dia SEBARKAN CINTA ~
"Aku datang bukan untuk bawak agama katholik , tapi .. Aku datang untuk membawa kasih sayang dan kedamaian dari tuhan " ~Mother TeressaPerkara first sekali untuk menarik hati para mad'u adalah dengan MEMELUK HATI MEREKA & SEBARKAN CINTA DARI ILLAHI :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haa , untuk hari kedua ni , aku agak KEBOLOKAN . Yela , sape suruh datang lewat
Street dakwah ni macam explorace la , tapi bukan explorace . Kitorang ade 3 task untuk dibuat .
- Sampaikan maksud tagline kem ni pada orang awam iaitu : HIDUPKAN RAMADHAN vs RAMADHANKAN HIDUPMU . Sambil-sambil tu tanya kat diorang pasal puasa .
- Jual buku sinergi yang baru nak menaik , keluaran SYNERGY MEDIA .
- Cari orang yang dapat mewakafkan harta mereka untuk membeli buku-buku synergi (untuk diwakafkan ke sekolah-sekolah , IPTA & MATRIK)
Macam tu la secara ringkasnya task kitorang untuk street dakwah ni . Kitorang kan sekumpulan 9 orang , then bahagi 3 kumpulan pulak (3orang-3orang-3orang). 2 kumpulan untuk non muslim & 1 kumpulan untuk non-muslim . Aku ambik yang muslim je sebab tak pandai speaking . hahaha .
Secara praktikalnye , agak susah untuk cari orang untuk ditemuduga . Yela , tibe-tibe orang yang tak dikenali datang , nak tanya beberapa soalan kat kite , nak interview kite . . Kalau korang ape yang korang buat .? Hekhekhek . Tapi aku rase nak pilih orang untuk diinterview pon susah jugak . Satu bende yang aku belajar , DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER . hikhik
Tapi Alhamdulillah , Ramai je yang sporting :) Kitorang kene street dakwah kat Pasar Seni . Kat situ ramai orang luar . So , kitorang pon jalan-jalan kat luar pasar Seni tu , dang molek jupe sorang makcik indon , kitorang kene halau keluar dari sana (pokguard "Korang ada surat hitam putih untuk buat program macam ni kat sini? "
"Kami tengah join explorace dan kami tak tau ape-ape . "
"Yela , kamu memang tengah explorace , tapi kalau takde surat hitam putih , dipersilakan keluar dari kawasan ni . Suruh kawan-kawan kamu kat dalam tu keluar dari kawasan ni , dan kalau nak teruskan dipersilakan buat kat tempat lain , bukan kat sini "
"Baik tuan , terima kasih sebab bagitau . Kami betul-betul tak tahu"
#sebenarnye hangat jugak kitorang berbalas dengan pokcik tu , dan pedas sangat kata-kata beliau . tapi malah nok cite panjang-panjang .
Kak wani kate : Orang yang tengah buat maksiat tak halau , tapi , bile nak buat kerja-kerja dakwah ni . . Macam-macam . Aii ~ Tu la hakikat peraturan manusia . kan ?
Sebenarnya first time jugak aku dapat pengalaman macam ni , hampir-hampir rase down tau ! Dahla mase awal-awal sampai , mase tu baru sorang kitorang interview . Tapi tu baru sikit , Kalau Rasulullah lagi hebat tentangan dan dugaan yang baginda terima . hukhukhuk
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okey , habis cite . pasal street dakwah , petang tu kitorang balik dengan keletihan dan kepuasan . Sambil jalan-jalan kat bazar ! Alhamdulillah . Haha , puas sangat rase ! Malam tu pulak , kami diarahkan tido awal , dan , kene bangun dalam pukul 12.30 malam untuk aktiviti ~ JENG . . JENG . . JENG . .
Hari Ketiga
Hewhew , aktiviti ni paling best skali boh ! er , tapi letih aa , semput + sesak nafas rase . Haha , Pagi tu kami digerakkan dalam pukul 12.30 a.m. dan dipersilakan untuk bersiap , tahajud , bersahur . Dan lebih kurang pukul 1.30a.m. semua orang bergerak ikut kumpulan menuju ke bas . Ramai tak ramai kitorang ni , semua sekali dalam 6 bas . hik3, kat dalam bas tuh , boleh tahan lame jugak kitorang tidur . Maknenye tempat yang kami tuju tu jauh jugok posen !
Hohoho , Dalam pukul 3 lebih sampai kat sana , yakni name tempat tu BUKIT BROGA .
Mase mendaki , Hanya Allah yang tau perasaan aku macam mane , sesak naafas , semput , sakit kaki , lenguh , penat , semua ade ! nak nangis rase , ni kali ke dua aku daki bukit macam ni . Mase first time dulu time form 5 , mase tu best sangat ! Rindunye kat kumpulan Ashabul Muqorrobin :') !
Ehem , dalam pukul 4 lebih , KAMI BERJAYA MENAWAN PUNCAK PERTAMA BUKIT BROGA ! Semua sekali ade 4 puncak , kitorang pergi setakat puncak pertama je sebab , tak larat nak teruskan perjalanan . Okey ,perasaan aku--> Ya Allah , lega sangat bile dah sampai puncak first , kitorang bersahur atas tu and then tidor berbantalkan batu berselimutkan hembusan bayu , bertilamkan tanah bukit ! haha , sakit bdan wase'an . . Tapi suke sebab dapat tengok langit , bulan . Cume bintang je takdek . Uhuk-uhuk , Kan best kalau G~SAAFF ade mase tu , teringat pulok saat-saat kitorang landing atas padang sekolah mase form 5 , tengok bintang , bulan , makan kuew teow . Ya Allah ! Sampaikan rindu ini pada mereka :')
#bukti aku berjaya menawan bukit broga !haha
Sebelum nak turun , kitorang semua diberitahu IBRAH disebalik arahan yang dikenakan , #sebenarnye sebelum mendaki kami diberi arahan supaya jangan minum air walaupun setitik bile start je kaki melangkah mendaki bukit.
~sebenarnye diorang nak bagitau pasal kisah JALUT DAN TALUT . Yang mana tentera Talut diperintahkan untuk jangan minum air sampai Allah benarkan . Mereka akan diuji dengan sungai , dan ramai sangat tentera Jalut langgah perintah tu (dari 80 000 orang --> jadi 313 orang ) .
dan for the next ibrah , kenapa buat pendakian ni mase bulan puasa ? Untuk mengenang kisah perang badar . Kalau nak banding daki bukit ni dengan perang , sikit sangat dugaan penat tu nak banding dengan dugaan para sahabat mase perang badar . Err , gitu la lebih kurang . haha .
Okey , sampai sini je , kalau ade yang bace post ni sampai habis , time kasih saya ucapkan . Kwang-kwang-kwang .
#memorimukhayyam'13#
Wallahualam :)
wah meriah dan seronoknya...
ReplyDeletehehe , Betol3 (baca stail ipin) ~
Deletebalas kunjungan..waa naik broga tu yg best tu..issh dah lama teringin tp belum sempat lagi
ReplyDeleteCepat sempatkan diri naik bukit broga !! hihi ,x rugi , pemandangan po n cantik bangat ~
DeleteAini srnoknye dy yek !! wah bguslaaa aini dpt g program2 ilmiah gtuh :D
ReplyDeletehaha , seronok la jugak ! :) alhamdullillah . drpd duk saje kat umah . ~ hewhew
Delete