Okey . Aku sudah rindukan mesir *sejak dari hari pertama jejak kaki kat KLIA . Haha , Annoying kan ? Tapi sungguh . Aku ingat lagi perasaan turun dari kapal terbang , tengok muke pegawai-pegawai & pok guard semua, aku terbayang-bayang AMMU-AMMU mesir yang kasar-kasar orangnye . hehe
Nampak sangat perbezaan Mesir & Malaysia . Masuk je Airport , tenang & sunyi ku rasakan . Suasananya berbeza . Dan , aku rase nak suke ! Aku hampir-hampir je nak cakap bahasa Ammi dgn pokcik pegawai KASTAM . Oh oh . Aku rindu mesir :') Tapi mesir sekarang tengah bergolak . Berita pasal rampasan kuasa tu menyedihkan seluruh ummah , Ya Allah , kekalkan pemerintahan islam di mesir :) Amin
Sekarang ni , pro-morsi sedang berkampung di Rabaah sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa . Mereka berbuka , tarawih , solat , sahur bersama . Subhanallah . Hebat tarbiah mereka . Teruskan berdoa untuk mesir ya sahabat ~
Tak semua orang mesir tu kasar , bahkan yg BAIK tu ramai sangat ! Aku pernah jumpa sorang ammu yg jadi pemandu teksi . Bila ditanya : " Pakcik sokong tak mursi ? " Dia kata : "Mestilah sokong ! orang yang tak sayangkan islam je yang tak sokong Mursi." Betapa dia sokong sangat pemerintahan Dr.Mursi . Pastu kami sembang-sembang dengan pakcik tu . Dia cerita pasal anak-anak perempuan dia . Orangnya pulak sangat baik , Sampaikan bile tiba ke destinasi , dia tanya : " korang ade duit tak ? cukup tak duit korang ? Kalau tak cukup , pakcik halalkan , takyah bayar :)" See ? Padahal mase tu kitorang naik teksi dari Sabi' ke Masjid Azhar , Harga dalam L.E. 16 . Mahal jugak tu :) Huhu .
"MATLAMAT KAMI JELAS"
- Kembalikan Presiden Mesir (Dr.Mursi) ke Istana Ittihadiyyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara
- Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan
- Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yg diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat
- Sesiapa yg tidak berpuas hati untuk menghukum presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan
Beliau juga ada berucap di pentas Rabaah , "KAMI SEDIA SAMBUT HARI RAYA DI SINI"
"Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan kamu ?"
Kita jawab :
- Kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran sehingga kembali presiden Mursi atau KAMI BERSEDIA UNTUK MATI
- Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini
- Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran
- Kami akan teru menekan dengan cara yang aman . Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh . KAMI AKAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG SEDIA DIBUNUH , BUKAN HAMBA-NYA YANG MEMBUNUH
- Kami akan menggunakan semaksimum cara untuk menekan . Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan , akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai
CC : Akhukum Abdul Malik
اللهم انصر الإسلام و المسلمين في فلسطين و في سريا و في مصر
*******************************************************************************************
*******************************************************************************************
Umat Islam Palestin mengangkat sepanduk berhampiran "Qubbah Sokhro" (Kubah Kuning) di Baitul Maqdis selepas Jumaat tadi.
"Mursi bukan hanya Presiden Mesir tetapi beliau adalah pemimpin ummah"
#prayformuslimin/muslimat@syria,palestin,misr
Wallahu'alam
ya Allah :') semoga beliau terus kuat. Allahu akbar !
ReplyDeletebtw, jom join GA Topup Ramadhan di blog fya. mne thu rzeki bln2 mulia mcm ni kannn :) jemput ea ^^
Amin.. :) teruskan berdoa ~
Deletehihi , Thanks ajak aini join , insyaAllah :)
wahhh~ t'ingin nak jejak kaki kat bumi mesir jgk *-* enti stadi kt sne eaa? in sha Allah ! sama-2 kita doakan kemenangan umat islam. Allahuakhbar !
ReplyDeleteIfah :) ha'ahh~ aini stdy kat sane . insyaAllah , ade rezeki..ifah pon boleh jejak kaki kat bumi barakah tu ~ Amin.. kemenangan umat islam itu pasti ! ~ sama2 doakan . insyaAllah
Delete