Jom Ke Mesir, Kuliah Ulum Islamiyyah!

Glitter Words

Bismillahirrahmanirrahim .

Buat Adik-Adik lepasan SPM ?
Lepasan STAM ?
Lepasan Matrik ? Diploma ?

Sesiapa yang berminat nak ke Universiti Al-Azhar ?
Tafaddhli adik-adikku sayang !
Akak dah dua tahun kat Mesir .

Alhamdulillah ,
Sepanjang duduk mesir , banyak yang akak belajar di sini .
Banyak yang pengalaman yg ditimba . Mutiara yang dikutip .

M.E.S.I.R.
Satu nama yang menyimpan 1001 sejarah islamiyyah .
mengalirnya sungai nil ,
menyaksikan Jejak langkah Sang Rasul .
Menyaksikan kesombongan Firaun dan Qarun .

Rugi tak datang mesir :)
Sangat sesuai untuk mereka yang nak berdikari , mentarbiah diri , berubah menuju illahi , menimba ilmu yang seluas langit dan bumi . Ramai ulama' . Para Syuhada' .

------------------------------------------

Okey . Straight to the point .
Pasal kuliah yang akak tengah belajar sekarang --> KULIAH ULUM ISLAMIYYAH !


Course Ulum Islamiyyah : Ilmu-Ilmu ISLAM .
menyingkap Ilmu-ilmu Illahi .
Course ni adalah satu-satunya course pengajian Islam yang belajar meliputi semua aspek
Pengajian islam .
Syariah . Bahasa . Usuluddin . Hadith . Quran . Ekonomi Islam . Peradaban Islam .
InsyaAllah . Ulum Islam blaja semua !

Dan yang istimewanya course ni , semua doktor yang ajar , berbahasa fushah . Bukan berbahasa pasar (Ammi) , macam kebanyakan course lain ! Dan Doktor semuanya hebat-hebat . Semua yang ada PhD . Macam haritu , Doktor Feqah akak , tak sangka dia tu salah sorang calon Mufti Mesir ! Bapak aa . Calon Mufti sebuah negara islam ajar aku Feqah . Subhanallah . Dan peluang macam ni perlu digarap sebaiknya . Dalam kelas , alhamdulillah Doktor sangat baik , Doktor akan cuba sedaya upaya tolong & bantu kita memahami sesuatu pElajaran tu . Tanya lah beribu-ribu soalan , boleh ! Takde masalah :D selagi tak faham , selagi itulah dipersilakan untuk bertanya . tanpa perlu ada rasa malu , segan , takot . Walaupun bahasa arab tunggang langgang , insyaAllah , doktor akan tetap bersabar dengan pertanyaan kita . haha sekali lagi , jangan malu bertanya . Kenapa ? Malu bertanya sesat jalan !

Selanjutnya pasal Kuliah Ulum Islamiyyah .
Kuliah kami tempoh pengajiannya selama 5 Tahun , insyaAllah . Tak lama . Sekejap je tu . Macam sekarang . Akak rasa baru semalam datang mesir . Rupa-rupanya , dah dekat 2 tahun aku kat sini !. tinggal 3 tahun lagi ! Yayy ! insyaAllah .sekarang ni pon dalam tempah exam akhir sem . Doakan kami :D

Akak ! Macam mana kami ni asas arab cuma setakat SPM ? Faham ke nanti apa yang doktor ajar kak ? 

Adik-adik sekalian . . Tak ingat nak bagitau . Dalam 5 tahun tu , tahun pertama kita akan belajar kemahiran komunikasi dalam bahasa arab . Kalau dulu ada Tamhidi , sekarang direct ke Markaz Bahasa yang lebih mencabar dan menyeronokkan ! Jumpa macam-macam orang luar negara , ade orang afrika . Ada orang indonesia . Thailand . China . Korea . Masing-masing datang atas hadaf (Tujuan) yang satu , iaitu nak belajar bahasa arab ! Nak belajar bahasa Syurga , bahasa Rasulullah S.A.W . Subhanallah , tak rasa ke ke'azhim'an tu ?

teringat Dr Akak pernah cakap "Kamu semua datang dari macam-macam tempat , macam-macam negara , semua dari tempat yang berlainan , datang ke Mesir , datang ke Al-Azhar , Semata-mata untuk belajar Bahasa Arab ! Untuk belajar Ilmu Allah , Untuk kutip mutiara-mutiara Illahi . Subhanallah . Kalian bertemu , kerana Allah . Berpisah kerana Allah , Moga Allah redho ."

Berbalik kepada soalan tadi , Haaa . insyaAllah dik . Dalam masa setahun tu , kita akan belajar kemahiran-kemahiran Komunikasi Bahasa Arab macam Kitabah (Menulis) , Istima'(mendengar) , Qira'ah(Membaa) , Muhadathah(komunikasi) . Jadi ? Mase tu grab peluang sebaiknya ! Mase tu kena betul-betul lancarkan / fahamkan / pandaikan untuk berbahasa arab :) Sabisa-bisa , kamu bisa , pasti bisa !

Akak . Keadaan Mesir sekarang macam . . . Tak mengizinkan je ?

InsyaAllah , sepanjang duduk sini . Alhamdulillah . Arab tak kacau kita pun . Depa berdemo sesama depa ja . Diorang tak kacau pun kita . Semuanya normal . Keadaan okey . Takde masalah . Kami pergi kuliah macam biasa . Naik bas , Turun bas . Masuk kelas . Balik . Boleh gi jalan mane-mane lagi . hehehe ,

Sebenarnya , mak akak pun bising sebab kat Malaysia , berita dalam TV tu hiperbola sangat pasal keadaan mesir ! Padahal kami di sini baik-baik aja sih :) Alhamdulillah . yakin dengan janji Allah , dengan firman Allah . Dengan Ayat-ayat Allah . Dengan Kalamullah yang berbunyi :-

"Masuklah kamu ke negeri Mesir , INSYA ALLAH AMAN " [Yusuf 12 : 99]

See ? Allah bagi jaminan . Yakin .
Kalau tak jadi datang sini sebab keadaan . Rugi .
Sini banyak ilmu yang boleh ditimba , yang boleh dikutip . Bahkan Allah sebut apa?

 "Masuklah kamu ke dalam Mesir , PASTI kamu akan memperoleh apa yang kamu minta" [Al-Baqarah :61]

InsyaAllah , Kita nak tolong agama Allah , Allah pasti tolong kita [47:7] . Jangan risau pasal keadaan sini . Baik-baik aja . InsyaAllah :)

Selanjutnya pasal Course Ulum Islamiyyah ni ,

Yuran : 1000 USD setahun . Agak mahal berbanding Course-course yang lain , sebab ape ? Sebab Course ni ada link antara Mesir dan Malaysia dan Course ni special untuk pelajar malaysia SAHAJA .

Kelayakan : Lulus sijil SPM melepasi keputusan minimum yang disyaratkan oleh kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan universiti-universiti di Mesir iaitu

Bahasa melayu - B atau B4
Sejarah - B atau B4
Bahasa Arab Tinggi - B atau B4
Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah - B atau B4
Syariah Islamiyyah - B atau B4

Daftar di >>>SINI<<<



Cakap Pasal Islamic Medic , Kawan akak dia datang bawah agen ni , dan alhamdulillah . Berbaloi dan MURAH :) dan dia cakap siap boleh goyang kaki lagi sebab agen dah uruskan semua bende . Tu dia Kak Sakinah kite . Haha .

Islamic Medic menguruskan pelajar-pelajar yang nak ambil course Medic , dentist dan yang latest dia hantar jugak student untuk Kuliah Ulum Islamiyyah . jadi ???

Beminat ambil course agama SAMBIL HAFAL QURAN ?
Berminat ambil course Medic SAMBIL BELAJAR AGAMA ?
Berminat ambik course Dentist SAMBIL BELAJAR BAHASA ARAB ?

Semua keistimewaan tu boleh didapati di UNIVERSITI AL-AZHAR .
Datang la sini . Tak sabar nak ada adik baru  ! Nak jumpa junior-junior Ulum Islamiyyah batch ke-7 ! hehe.

Dan maklumat lanjut terus pada Encik Azali (Rujuk Iklan). Kalau nak sembang panjang , nak tanya macam mana kehidupan kat sini ? macam mana kos sara hidup di mesir ? Naik apa gi kuliah ? Apa pengalaman-pengalaman berharga sepanjang duduk sini ? macam mana nak talaqqi ? Apa istimewanya mesir ? Bla . . Bla . . Bla . . boleh direct shoot pada akak sendiri atau

WA +201158512173 (Khir)
WA +201117034021(Sakinah)



TERBUKA UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN SPM 2011 / 2012
LEPASAN DIPLOMA DAN MATRIKULASI ! 

YUK KE AZHAR ! 
CEPAT DAFTAR SEBELUM 15/6/12 .
TARIKH KIAN MENGHAMPIRI . 
CEPAT YE ! SEBELUM TERLAMBAT.

Ayuh melangkah ke bumi para anbiya' .
Mengutip mutiara . Mencari nilai cinta .
YUH JADI ULAMA' UP TO STANDARD .
MENGUASAI SEGALA CABANG ILMU !
Moga Allah Redha .
Moga Allah Cinta .



2 comments:

  1. Asskum boleh.x saya sambung bljr di situ guna diploma syariah di malaysia.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum . boleh sye nak tau , agen mne ye yg digunakan tu ?

    ReplyDelete

Lepas baca tu, komenlah sikit ^^